Apabila Masing-Masing Sibuk Dengan Handphone Di Meja Makan, TAK SANGKA Ini Yang Shuib Sepahtu Lakukan !!

Apabila Masing-Masing Sibuk Dengan Handphone Di Meja Makan, TAK SANGKA Ini Yang Shuib Sepahtu Lakukan !!

Menerusi akaun instagram, pelawak terkenal Shuib Sepahtu memuatnaik satu video sedang berada di sebuah restoren. Turut kelihatan dalam video berkenaan adalah isterinya, Siti Sarah Raissuddin, Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan dan beberapa orang kenalan mereka.

Shuib merekod situasi di mana semua yang berada di meja makan itu sedang sibuk dengan melayan telefon bimbit masing-masing. Shuib mempertikaikan kenapa mereka semua pegang telefon semasa nak makan dan menjadi anti sosial walaupun mereka berkumpul bersama-sama.

Nampak muka terkejut semua orang yang ada di situ apabila Shuib bersuara. Terutama sekali muka Mark Adam. Ini serius kelakar. Tak tahu nak kesian ke nak gelak !!

Shuib meminta semua yang ada di situ untuk simpan telefon bimbit supaya dapat berborak dan makan tanpa mempedulikan telefon bimbit mereka. Shuib juga meminta mereka meletakkan telefon bimbit masing-masing di tengah meja.

Bekas penyampai radio Sinar ini juga siap membelek beg tangan isterinya untuk mencari sebuah lagi telefon bimbit milik Siti Sarah dan turut meletakkan telefon itu di tengah meja.

Apabila pelayan restoran datang menghantar makanan, Shuib memintanya untuk menyimpan semua telefon bimbit yang ada. Akhirnya pelayan itu tadi datang membawa bakul dan mengambil semua telefon di atas meja itu untuk disimpan sementara mereka menjamu selera.

Apa yang menariknya, wajah dan mimik muka setiap orang yang ada di situ macam sayu sahaja memandang telefon itu diambil. Ini serius kelakar !! Tambah Shuib lagi, keadaan ini baru betul dan mengajak mereka berborak sesama mereka.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Anti sosial!!!! @sitisarahraissuddin @markadam1079 @ezzpowers @ahyon199x.. “

 

View this post on Instagram

 

Anti sosial!!!! @sitisarahraissuddin @markadam1079 @ezzpowers @ahyon199x

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Rata-rata peminat memuji tindakan Shuib berbuat sedemikian. Antara komen-komen peminat :

” Aku stuju cara ni! Sokong 100%. Terbaik bang shuib. Nak lagi sedap, siapa angkat call masa dering or ambil balik tepon. Dia BELANJA semua makan.. “

” Kalau tak masing2 smua ngadap phone je.. xde borak2.. hahaha.. “

” Tebaekkkkk lar @shuibsepahtu.. zmn skang mmg cmtu.. dpt bekumpol tp memasing cbok ngn fon.. acanerrr nk knl aty budi.. “

” Saya sokong.. Sbb zaman sekarg ni ajak kawan2 jumpa gi makn la ape la.. Smapi kedai semua main fon.. Lebih baik tak payah jumpa… Saya sokong.. “

” Hahahahaha terbaik la shuibsepahtu.. Ini baru ngammmm simpan semua hp.. “

” Sepatutnyaa kedai makan kena sediakan perkhidmatan macam simpan phone laaa hmmm hahahahah.. “

” Betul tu.. ajk member Kuar tp msing2 borak dlm hp.. HP Syuib taw la dye nk boh kt bakul tu.. “

Apa-apa pun memang terbaik lah Shuib. Admin pun setuju sangat-sangat dengan cara Shuib ini. Kalau tak, masing-masing sibuk dengan telefon bimbit sampai nak berborak pun tak boleh. Memang anti sosial.

Nanti korang bolehlah praktiskan seperti apa yang Shuib lakukan semasa makan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga korang ok !!

Silakan SHARE dan tag kawan korang yang anti sosial tu !!

Sumber : IG Shuib Sepahtu by Berita Kopak