” Amboi Dato Red, bini baru 2 dah lupa nama bapak mertua ke ? “

” Amboi Dato Red, bini baru 2 dah lupa nama bapak mertua ke ? ” – Dato’ Red Disindir Netizen Kerana Tersalah Nama Penuh Adira Masa Ucap Selamat Hari Lahir, TAK SANGKA Ini Respon Adira !!

Ramai sedia maklum penyanyi berbakat besar, Adira Suhaimi baru sahaja selamat melahirkan anak yang ke 2. Adira berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abuatau lebih dikenali Dato’ Red sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.  Anak kedua mereka seorang bayi lelaki diberi nama Assan.

Menerusi akaun instagram, Adira memuatnaik gambar ‘printscreen’ perbualan dengan suaminya di aplikasi ‘Whatsapp’. Melalui gambar berkenaan, Dato’ Red mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Adira.

Tetapi apa yang menariknya, Dato’ Red tersalah nama penuh Adira yang sepatutnya Adira Suhaimi, bukannya Adira Sulaiman. Perkongsian ini mendapat perhatian peminat dan menerima banyak komen daripada netizen.

Jom baca perkongsian Adira di bawah :

” Tq syg !! @dato.red walaupun adira sulaiman!!!! ucapan paling win taun ini… love you too !!.. “

 

View this post on Instagram

 

tq syg!! @dato.red walaupun adira sulaiman!!!! ucapan paling win taun ini… love you too!!

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

Rata-rata peminat mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Adira. Tak kurang juga ada yang menyindir Dato’ Red. Antara komen-komen peminat :

” Silap nama bini.. bini korek 10 keturunan.. hahahaha.. “

” Apalah awak ni. Asyik nk jaga hati isteri no 1. Apa awak ingat adira tk ada hati jg ke ?? Adatla b’kongsi suami.Datin pn slalu gak post bnda2 cmni. Suka hati adira la no post apa pn. Nk kongsi hal bgini pn sensitif. Pening2.. “

” Aduhhh Sulaiman plak… Dato red ni pun… Haishhhh… “

” Adoi penat laki pun xingat nama bapak mertua ke.. “

” Inilah bahananya kalau ramai sgt Bapak Mertua.. “

” Encik somi lupak nama la pulak.. Happy birthday dear Adira Suhaimi.. semuga sentiasa diberkati dgn segala kebaikan didunia dan akhirat.. always be a loving and strong mama.. love u too sayang mama.. “

” Amboi dato Red, bini baru dua da lupe nama bapak mertua ke.. ke Sulaiman tu bakal bapak mertua no 3.. “

Menurut Adira, suaminya suka bergurau. Kesalahan nama itu hanya gurauan sahaja. Adira meminta peminat-peminatnya jangan mengambil serius perkara ini.

Normal lah kan gurauan suami isteri. Suami isteri memang  digalakkan bergurau supaya sentiasa gembira dan perhubungan tidak terlalu serius. Gurauan suami isteri memberikan ketenangan dan mencetuskan suasana harmoni dalam rumahtangga.

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Adira. Kami mendoakan Adira dan Dato’ Red serta keluarga bahagia sampai ke syurga. Semoga dalam Rahmat Allah selalu. Amin..

Sumber : IG Adira Suhaimi by Berita Kopak