Alamak! Sedap Ler Dia Tolak Dari atas Jer, Takde Orang Nak Tegur Ke…

Alamak! Sedap Ler Dia Tolak Dari atas Jer, Takde Orang Nak Tegur Ke…

Biasa dilihat apabila ada kereta yang tersangkut atau terlekat di jalan, orang ramai akan bekerjasama menolak kenderaan supaya lepas dari lumpur ataupun lubang yang menyebabkan kenderaan tersangkut.

Sebuah video di media sosial menunjukkan sebuah kenderaan pikap tersangkut dan orang ramai menolak kenderaan tersebut supaya lepas darinya. Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sekuat hati membantu kenderaan tersebut lepas.

Apa yang melucukan adalah, seorang yang berdiri di bahagian belakang pikap tersebut dilihat bersama-sama menolak pikap tersebut walaupun usahanya tidak membantu apa-apa. Malahan dia hanya menambah beban orang ramai sahaja.

Dia bersungguh-sungguh menolak kenderaan pikap yang terlekat

Tiada seorang pun yang menegurnya supaya menolak dari bawah bukan dari atas

Sedap la dia tolak dari atas, orang lain bersusah payah tolak dari bawah

Jadi, kalau kita berniat mahu menolong orang, pastikan kita tahu fungsi kita. Janganlah kita tambah menyusahkan lagi keadaan. Lelaki di atas mungkin berniat baik tetapi salah cara ataupun dia ambil kesempatan dari orang lain yang tidak tahu.

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita dan Berita Terbaik!

Sumber : Facebook Tabloid Africa / Disediakan Oleh Beritakopak.org