Aksi Fattah Anas Solat Buat Ramai TERHIBUR. Siap Ada Step Doa Qunut Lagi..

Aksi Fattah Anas Solat Buat Ramai TERHIBUR. Siap Ada Step Doa Qunut Lagi. Tonton Video Sampai Habis. Part Yang Last Tu Serius Kelakar !!

Fattah Anas nama yang tidak asing lagi dan semakin popular sejak video menjadi kucing menjadi viral. Baru berusia 2 tahun lebih, Fattah Anas yang petah berbicara ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Fattah Anas atau lebih mesra dengan panggilan Anas ini sehingga kini mempunyai 525 ribu ‘followers’ di instagram. Video-video gelagat dan telatah Anas sering dimuatnaik oleh Papa Anas, Muhammad Firdaus di instagram.

Yang terbaru Anas dan juga Papa Anas sekarang sudah menjadi pelakon. Tidak dipastikan sama ada berlakon drama atau iklan. Papa Anas masih belum bercerita lebih lanjut mengenai isu ini.

Beberapa babak lakonan dimuatnaik di instagram Anas. Pada mulanya netizen beranggapan wanita berkenaan merupakan mama sebenar Anas. Tetapi ianya dinafikan oleh Papa Anas dan memaklumkan wanita berkenaan hanyalah Mama Anas dalam lakonan sahaja.

Boleh tonton video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

Mama ni cari pasal la dgn papa 😒.. rumah bersepah tunggang terbalik.. ape haaaal ? @anyspaloma

A post shared by PAPANAS (@fattahanas_official) on

 

View this post on Instagram

 

Eh mane acii 😅 .. jom minum petg 😘 .. chill2 la beb 🌹

A post shared by PAPANAS (@fattahanas_official) on

Yang terbaru, menerusi akaun instagram juga, video Anas sedang solat menarik perhatian peminat-peminat Anas. Anas siap angkat tangan baca doa dalam solat seolah-olah sedang membacakan Doa Qunut.

Yang paling menarik sekali, pandai Anas naikkan jari semasa tahiyyat. Tapi part yang akhir sekali memang kelakar dan buat ramai yang terhibur dengan gelagat Anas.  Admin pun tak tahan gelak dengan telatah Anas. Comel betul !!

Nanti korang boleh tonton video penuh di bawah :

Laju je Anas bangun, tak sempat nak bagi salam, 1 rakaat je sembahyang. Hehehe. Anas.. Anas, kenapa lah comel sangat ? Rata-rata netizen memuji dan terhibur dengan gelagat Anas. Antara komen-komen netizen :

” Cute nya dah pandai solat Anas.. “

” Adoi anas.. jari tu.. pandai anas.. semoga hidupmu diberkati olehnya.. amin.. “

” Siap jari naik utk tahiyyat tuuu.. “

” Pandai ya Anas solat.. “

” Pandai baca qunut ye anas.. “

” 1 rakaat ja.. hahaa.. “

” Geramm tngk jari tuu.. “

” Telunjuk tu.. comel.. “

” Uittt lari terus. Hahahhaa. Comel laa anas ni.. “

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tahniah kepada Papa dan Mama Anas kerana mendidik Anas dengan ilmu agama walaupun Anas masih kecil lagi.

Semoga Anas menjadi budak yang bijak, membesar dengan sihat dan sentiasa ceria. Harap lebih banyak lagi video-video menarik gelagat dan telatah Anas selepas ini.

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak