” Yang ko mendada tu kenapa tino getik ? Aku tengok tudung makin lama makin singkat.. “

” Yang ko mendada tu kenapa tino getik ? Aku tengok tudung makin lama makin singkat. Ko nak bagitahu orang nen3n ko besar ke ? ” – Gaya OOTD Dato’ Siti Nurhaliza Di Big Stage Dikecam Peminat

Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Penyanyi nombor satu negara yang mempunyai suara yang merdu ini mempunyai ramai peminat terutama sekali di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Suara dan cara nyanyian yang disampaikan membuatkan ramai yang terpegun menyaksikan ibu kepada Siti Aafiyah ini. Dato’ Siti Nurhaliza mempunyai aura yang tersendiri.

Dato’ Siti Nurhaliza merupakan salah seorang juri tetap di Big Stage selain Faizal Tahir. Minggu depan kita bakal menyaksikan 5 finalis yang akan membuat persembahan di konsert akhir di Big Stage.

Finalis yang berjaya menempatkan diri di konsert akhir adalah Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Sarah Suhairi dan Baby Shima.

Sarah Suhairi, Ariff Bahran dan Baby Shima telah berada di tiga tangga terbawah dan nasib tidak menyebelahi Ariff Bahran yang tersingkir pada konsert tersebut.

Menerusi akaun instagram, Dato’ Siti Nurhaliza memuatnaik beberapa gambar OOTD yang diambil sebelum konsert separuh akhir Big Stage pada hari ahad baru-baru ini. Ramai yang memuji kecantikan dan gaya penampilan Dato’ Siti Nurhaliza.

Namun begitu, gambar ini menjadi isu dan perbalahan apabila ada beberapa netizen yang mengecam Dato’ Siti Nirhaliza.

” Big Stage minggu ke-7. Lagi seminggu sebelum ke peringkat akhir Big Stage. Busana @mimpi_kita , solekan @epie_temerloh , aksesori @swarovski , penata gaya @annayhusin . Foto @kakifoto_ “

Rata-rata peminat memuji kecantikan dan gaya penampilan Dato’ Siti Nurhaliza. Antara komen-komen peminat :

” Cantik sangat semalam.. macam barbie.. sukaaaa.. “

” MasyaAllah… Cantiknya ibu Afiyah.. “

” Tak pernah tak cantik.. “

” Cantik ibunya siti aafiyah ni.. love u.. “

” Dto cti.. my Idol.. muuaaahhh!!!.. tetap nomey jew.. mentain.. love u.. “

” MashaAllah… Syantik manis juri Kesayangan.. “

” Kemas, Syantikk, Elegent. Dato @ctdk pakai ape pun cantiklah.. “

Namuk begitu ada segelintir netizen mengecam gaya dan busana yang dipakai oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Antara komen-komen yang mengecam beliau :

Komen negatif netizen yang menggunakan ‘fake akaun’ ini dibidas oleh peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Antara komen-komen mereka :

” Takde lah dia mendada pon.. Cuma angle kamera tu dr bawah.. Huhuuu.. “

” Pernah jumpa dia face to face ke nk ckap dia getik?ramai lagi artis yg x senonoh mgada2 mngedik kt luar sana..dct la artis pling sopan sntun berckap, lemah lembut, jalan pun menunduk je.. “

” Beware i noe who are u…u better watch out! So rude.. “

” Lebih baik diam drpd berkata perkara yg boleh menyakitkan hati.. Klau nk tgur boleh DM.. “

Beberapa peminat memberi komen mengenai busana dan menegur gaya tudung yang dipakai oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Antara komen-komen mereka :

” Harap tok ti @ctdk tak mengikut BBNU dgn cara lilit tengkuk di leher dan tak menutup bahagiam yg sepatutnya..lots of love.. “

” Baju dh cntik kenapa perlu tarik kolar tu.. “

” Tok ti dh cntik tp bile pakai mcm ni, tok ti nmpk demokk la.. tak lawa. Tak sesuaiii.. “

” Laa cam ni ke bju nye.. Tgok smlam separuh nmpak lawa skali.. Gemuk lah design ni.. Ehhe.. Igtkan suit.. “

” Dress mggu nie mcm ade yg “Kureng”.. Tp takpelah.. Hopefully mlm final big stage nt,@ctdk gayakan 1 dress yg Stunning, hot n Wow “

” Love u Tokti. Sorry, dress minggu ni buat kt tokti nampak ‘lebar/besar’. Mungkin sbb material or color fabrics dress tu.. “

” Emmm ingat kan Saya sorang jek yg perasan. Rupa2 nya ramai jugak yg honest kat sini. Nampak mcm mengandung 8 bulan.. “

Bagi admin senang je, kalau tak ada apa-apa yang baik nak diperkatakan, lebih baik diam. Nak komen tak salah, tapi pastikan memberikan komen yang membina dan tidak menyakiti mana-mana pihak.

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin by Berita Kopak