“Pedih wehh! Sedangkan pakai helmet + bawak slow pun boleh sampai koyak helmet.. Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawak laju…”

“Pedih wehh! Sedangkan pakai helmet + bawak slow pun boleh sampai koyak helmet.. Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawak laju…”

ZAMAN sekarang, bermacam-macam taktik serta modus operandi yang digunakan oleh penjenayah demi melunaskan kerja jahat mereka. Mereka tidak mempedulikan nyawa orang lain. Ap sahaja taktik dilakukan untuk mereka mengambil kesempatan dari mangsa.

Seprang pemuda yang bernama Afiq Izwan memuatnaik gambar dan status di Facebooknya, berkongsikan kisahnya yang berkemungkinan menjadi mangsa kepada taktik jahat penjenayah yang ingin mengambil kesempatan.

Dia menceritakan bagaimana dia telah mengalami kecederaan kerana melanggar tali yang berkemungkinan dipasang merentangi jalan raya di susur masuk Lebuhraya DUKE ke Taman Perumahan Koperasi Fasa 1 dan Taman Rowther.

Mari kita Ikuti Pengalaman beliau yang mengerikan di bawah seperti di bawah

Bismillah..

MINTAK TOLONG VIRALKAN!!

PERHATIAN PENDUDUK GOMBAK, INI BUKAN BAHAN MELAWAK

Klonologi kejadian,

6:30pm, 17/9/18(isnin) #PERHATIAN kepada penduduk GOMBAK especially yang guna susur masuk dari DUKE untuk masuk ke taman perumahan koperasi fasa 1 dan taman rowther.

Ini bukan cerita mitos tapi terjadi dekat diri sendiri. Ada manusia yang tak berhati perut telah memasang jerat dekat selekoh(refer gambar pertama).. Bagi orang yang taktahu, ni adalah tali mancing yang permukaan dia sangat kasar. Biasanya orang guna tali ni untuk menyamun budak moto yang lalu dekat laluan moto( Tol ).. Sebab tu ramai mat moto takut nak guna laluan moto bila malam sebab ni lah!

Pedih wehh! Sedangkan pakai helmet + bawak slow pun boleh sampai koyak helmet..Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawak laju. Tak terkehel ke leher dia? Nampak macam remeh kan? Tapi yang remeh tu yang bahaya sebenarnya.

So reminder pada semua orang penduduk gombak untuk hati hati bila lalu kawasan ni terutama bila malam

JEMPUT VIRAL UNTUK KESELAMATAN SEMUA

Status yang dimuatnaik oleh saudara Afiq Izwan


Facebook Afiq Izwan

Tali seperti tali tangsi yang digunakan untuk memerangkap mangsa


Facebook Afiq Izwan

Jalan susur dari Lebuhraya DUKE Ke taman koperasi polis Fasa 1 dan taman Rowther


Facebook Afiq Izwan

Kain Helmet mangsa yang terkoyak kerana terkena tali yang di pasang di jalan tersebut


Facebook Afiq Izwan

Kecederaan yang di alami oleh mangsa di bahagian leher


Facebook Afiq Izwan

Begitulah antara taktik yang dilakukan oleh penjenayah sekarang yang tidak mempedulikan nyawa mangsa. Semoga penjenayah tersebut dapat di berkas secepat mungkin oleh pihak berkuasa. Kepada orang ramai, senantiasalah berhati-hati kerana penjenayah senantiasa mencari jalan untuk mengambil kesempatan.

Terima Kasih kepada saudara Afiq Izwan kerana berkongsi pengalaman yang berguna ini!

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat!

Sumber : Facebook Afiq Izwan