Anak Gajah Ini Tidak Mempunyai Belalai. Cara Anak Gajah Ini Makan Buat Ramai Yang SEBAK. Sangat Menyedihkan !!

Anak Gajah Ini Tidak Mempunyai Belalai. Cara Anak Gajah Ini Makan Buat Ramai Yang SEBAK. Sangat Menyedihkan !!

Belalai adalah salah satu ciri fizikal yang sangat jelas pada seekor gajah, dan merupakan alat yang sangat penting untuk gajah menjalani kehidupan seharian.

Selain menjadi sebahagian badan yang menarik untuk diperhatikan, belalai juga mempunyai beberapa fungsi penting.

Antara tujuan lain, gajah boleh menggunakan belalai mereka untuk berkomunikasi dan mengangkat objek dan malah untuk bergaduh dengan gajah-gajah yang lain.

Inilah sebabnya mengapa kita akan berasa sedih apabila melihat gajah yang kehilangan belalainya. Kehilangan ini akan menjejaskan mereka sepanjang hidup mereka di alam liar.

Rakaman yang ditangkap oleh ‘Safari-Goers’ di Taman Negara Kruger Afrika Selatan pada 1 September menunjukkan seekor anak gajah tanpa belalai.

Anak gajah itu kelihatan berjalan dengan ahli keluarganya. Kelihatan seekor gajah dewasa yang mungkin ibunya menghampiri dan menggunakan belalainya untuk memberi anak gajah itu makan.

Apa yang paling menyedihkan, anak gajah itu bergantung sepenuhnya kepada ibunya untuk makan. Jelas kelihatan kasih sayang yang ditunjukkan kepada anak gajah itu, tetapi cabaran yang perlu dihadapinya cukup menyedihkan.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki boleh didengar dengan berkata :

” Oh gajah.. gajah tanpa belalai ?.. “

” Kasihannya. Itu tidak mungkin, saya tidak pernah melihat perkara seperti ini.. “

” Saya tidak fikir ia boleh jadi seperti ini.. “

Punca sebenar gajah itu kehilangan belalainya tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia dianggap ini berkemungkin disebabkan oleh serangan daripada pemangsa.

Individu yang merekod video ini mempunyai beberapa ramalan yang menyebabkan perkara ini terjadi dan meramalkan masa depan anak gajah ini sangat menyedihkan :

” Sebelum ini terdapat kes buaya menangkap anak gajah semasa minum air telah direkodkan di Kruger dan ini merupakan sebab yang paling mungkin untuk anak gajah ini kehilangan bahagian penting tubuhnya.. “

” Gajah tidak boleh hidup mudah tanpa belalainya. Gajah menggunakan belalai mereka untuk makan, minum dan bau.. “

” Malangnya, masa depan anak gajah ini kelihatan sangat menyedihkan.. “

Tanpa belalai, gajah akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan dirinya daripada pemangsa dan keupayaannya akan menjadi sangat terhad terutama ketika mencari makanan.

Semoga pekerja safari boleh melakukan sesuatu untuk membantu gajah ini. Jom tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Unilad / Terjemahan Daripada Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *