” Wawollahi Watallohi Wabillahi ITU BUKAN SAYA. Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu.. “- Aeril Zafrel Kecewa Gambar Luc@h Miripnya Tersebar

” Wawollahi Watallohi Wabillahi ITU BUKAN SAYA. Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu.. “- Aeril Zafrel Kecewa Gambar Luc@h Miripnya Tersebar

“DEMI Allah, gambar itu bukan saya. Sudah terang lagi bersuluh, banyak perbezaan antara saya dengan individu dalam gambar berkenaan,” kata pelakon Aeril Zafrel mengenai gambar bogel tersebar yang didakwa miliknya.

Gambar yang memaparkan individu mirip pelakon Patahnya Sebelah Sayap itu tular di laman sosial sejak semalam dan turut dikongsi di aplikasi lucah.

Aeril, 30, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, dia sudah mengetahui kewujudan gambar itu di Twitter sejak tahun lalu.

“Saya masih waras untuk buat perkara sebegini. Lagi pula untuk apa? Banyak lagi benda lain saya boleh buat. Kalau sekali pandang, individu dalam gambar berkenaan memang mirip saya. Tetapi, hakikatnya dia bukan saya.

“Saya tidak mahu melatah sebab memang bukan saya. Tidak ada apa yang perlu ditakuti. Saya anggap ini ‘permainan’ dunia siber masa kini.

“Dalam masa sama, saya kasihan dengan individu terbabit. Apa yang tersebar membabitkan aib dirinya. Harap orang lain tidak tambah dosa lagi dengan menyebarkan benda fitnah ini,” katanya kepada Harian Metro.

Aeril berkata, dia sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, pemuda dikenali sebagai Isey Is turut dikaitkan sebagai individu dalam gambar terbabit.

Bagaimanapun dalam perkongsian di Facebook, lelaki itu menafikan gambar itu miliknya.

“Ya Allah, kenapa kena sampai macam ini sekali. Sampai viral di Twitter. Saya berhak pertahankan maruah saya kerana yang bogel itu bukan saya. Tolong jaga maruah saya.

Sumber : Harian Metro