” Suka kan hati ko tengok anak aku sendiri yang aku kendong, lahirkan, besarkan marah aku depan ko.. “

” Suka kan hati ko tengok anak aku sendiri yang aku kendong, lahirkan, besarkan marah aku depan ko. Ko baru 3 tahun kahwin dengan anak aku, tengok dia jadi apa, tengking aku, mak dia.. “

Salam admin. Minta siarkn luahan hati saya. (Mohon jasa baik admin utk hide profile fb saya).. Saya isteri kepada seorang suami dan mempunyai 7 orang anak (5 lelaki dan 2 perempuan). Alhamdulillah semua nya sangat bahagia.

3 tahun lepas, kali pertama saya melepaskan anak dara saya utk dinikahi pemuda pilihan nya. Itu jugalah pertama kali nya saya mendapat menantu.

Saya yg mengandung, membesar, mendidik dan melindungi nya hingga dia dewasa. Alhmdulillah anak dara saya membesar sebagai anak yg solehah, yg ringan tulang, dan sentiasa menceriakn saya . Bila dia dah jd milik orang, saya redha yg dia harus mengikut suami nya.

Selama 3 tahun dia berkahwin, saya x pernah masuk campur urusan rumah tangga nya kerana saya yakin mereka mmpu kendalikan nya. Suami nya sangat sayangkan dia dan sangat prihatin dengan nya.

Yg membuat saya kesal dan sedih. Ibu mertua anak saya (besan saya). Dia sudah pun mempunyai banyak menantu. Ini bermakna dia lebih arif tentang selok belok anak2 nya yg dah berumah tangga. Tetap tidak. Sikapnya amat menyeksa mental anak saya sepanjang 3 tahun dia berkahwin.

Oleh kerana mereka hidup di rumah sendiri. MIL dia menetapkan utk mereka menjenguk dia setiap minggu. Namun suami anak saya pandai. Dia jarakkan dua minggu sekali degan alasan bekerja. Bila suami dan anak saya ingin pulang ke rumah saya. MIL anak saya mula buat perangai. Maki hamun, merajuk, atau lari dari rumah.

Dia juga sering mengucapkan kata2 “syurga ko pd aku.. bini ko dah kahwin dengan ko. Syurga dia pd ko. Apa lg dia nak dengan mak dia. Dia dah x de apa tanggungjawab lagi pada mak dia. Kenapa nak balik sana lagi. kalau ko balik. Ko bukan anak aku “.

Selepas suami dan anak saya kena macam tu, demi mnjaga hati MIL dia. Mereka terpaksa pulang ke rumah saya secara rahsia. Sedih saya. Belum lagi bab raya dan cuti2 panjang. Langsung MIL dia x bagi peluang untuk mereka pulang kepada saya. Sepanjang 3 tahun ni lah, anak saya x pernah sambut raya pertama di sini.

Jika balik raya ke dua, mereka meminta izin pd MIL, walaupun MIL izinkan, tp tetap ada kata2 yg menyeksa jiwa anak saya. ” Balik beraya sana x payah lama sangat. Laki ko kerja. X payah nak cuti lama2. nanti gaji dia kurang, x de duit nak bagi dekat aku. Ingat.. syurga dia bawah aku.”

Menantu dan anak saya teringin menyambut beraya dengan saya, dan mereka pernah suarakan keinginan itu pd MIL dia. Sebab kan itu, berlaku pergaduhan besar antara mereka hinggakan MIL menyumpah anak saya dan suami nya sebelum dia keluar rumah (larikan diri berhari2)

” Mengandung2 ko buat hal dgn aku ye, aku ni mak mertua ko la.. syurga dia pada aku.. syurga ko pd dia.. kalau ko susah bersalin nanti, makna nya memang besar la dosa ko pada aku. Pergi lah berambos.. nak sangat balik sana raya.. pergi.. aku bukan mak ko.. yg dekat sana tu mak ko kan.. pergi la..” Allah….

Menantu saya juga x boleh hias anak saya lebih sikit, mesti anak saya akan diperli dan dikeji. Belum lg menantu saya nak bawa anak saya keluar jln2. Habis kena haruk dgn MIL sebab bawa anak saya, tp x bawa dia. Dia seperti x rela isteri kpd anak dia merasa bahagia.

Layanan yg diterima anak saya juga x seperti layanan seorg ibu kepada seorang anak. Saya x pernah buat anak saya mcm tu tp senang2 je dia dera mental anak saya.

Dia juga gemar melepaskan kemarahnya kepada anak saya. Marahkan anak sendiri tp lepas kan pada menantu. Bila anak saya mengadu pada suami nya. MIL akan pertahankn diri sendiri dengan berkata ” Bila masa aku ckp..?? ”

Pernah anak saya rakam suara MIL ketika dia mnghamburkn kata2 amarah dan hinaan. Kemudian anak saya sent ke wassap suami nya. Suami nya berang dan mendengar kan balik suara yg direkod tu kepada MIL. Terus bergaduh besar antara MIL dan suami anak saya.

Bila MIL hmpir kalah.. mula drama dia.. menangis2 minta simpati pd si anak dan sambil tu.. perli anak saya dengan kata “suka kan hati ko tengok anak aku sendiri yg aku kendong.. lahirkan.. besar kan… marah aku depan ko.. aku bukan marah tadi.. tapi aku tegur.. ko x boleh kena tegur.. nak jadi apa.. bini sekarang semua lembik.. ko baru 3 tahun kahwin dengan anak aku.. ko tengok anak aku jadi apa… tengking aku.. mak dia ”

Setiap apa yg MIL dia cakap.. dia rakam dan sent ke saya tanpa pngetahuan suami dia. Kadang dia tertekan. Pada siapa lagi tempat dia nak luah kalau bukan kepada saya.. ibu nya… sedih saya.. besar ujian anak saya..

Pada saya, besan saya tu iri hati dengan anak saya. dia inginkn anak2 nya sentiasa melebihkn dia. Sentiasa ada utk dia. Sentiasa pasti kan dia menjadi yg pertama dlm semua perkara. Jika x diperlakukn seperti itu, pasti kata2 keji yg akan keluar dari mulut dia.

Saya ibu kepada anak perempuan itu dan pertama kali menjadi ibu mrtua. Seteruk2 layanan dia pada anak perempuan saya, saya x pernah balas walau sedikit pun dekat anak lelaki dia. Sy marah dan sedih dgn sikap besan tp saya pendam sebab kesiankan anak perempuan saya.

Sepatutnya yg iri hati tu sy sebab anak dia ambil anak saya. Tp saya ibu yg redha.. bukan macam dia. Please ibu2 di luar sana. Jangan kejam dengan anak yg dah berumah tangga. Bantu mereka kerana mereka tiada pengalaman, bukan nya tambah beban mereka dengan minta diri didahulukan.

Banyak masalah timbul dalam isu rumah tangga apabila ibu mertua dapat menantu perempuan. Please la. Saya boleh terima anak lelaki anda.. kenapa tidak anda berbuat hal yg sama..

Terlalu banyak yg ditempuh anak permpuan saya sepanjang bergelar menantu untuk besan saya.. dia tabah dan kuat untuk baby dia dan suami dia. Dia x pernah menjawab atau melawan. Kerana dia seorang yg sangat penyabar. Mungkin, ini saham untuk dia di akhirat kelak. Cukup sy kongsikan yg ini sahaja. Sekian terima kasih.

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : KRT by Berita Kopak