SUKA BETUL DIA…. Kerana minat Spiderman, Ayahnya Membuatnya Menjadi Seperti Watak Kegemarannya. Anda Pun Boleh Try Buat Kat Anak-Anak, Mesti dorang Teruja…

SUKA BETUL DIA…. Kerana minat Spiderman, Ayahnya Membuatnya Menjadi Seperti Watak Kegemarannya. Anda Pun Boleh Try Buat Kat Anak-Anak, Mesti dorang Teruja…

Superhero atau adikuasa dan kanak-kanak pastinya dua perkara yang rapat. Setiap kanak-kanak semestinya ada watak adikuasa atau superhero yang menjadi kegemaran mereka. Mereka mempunyai imaginasi yang tinggi tentang superhero kegemaran mereka. Kita pun semasa kanak-kanak akan memikirkan perkara yang sama.

Ada kanak-kanak yang menyukai Superman, Spiderman, Batman ataupun tidak kurang yang menggemari watak adikuasa tempatan seperti Boboiboy. tetapi bagaimana reaksi mereka jika mereka yang menjadi superhero kegemaran mereka?. Tentu mereka sangat teruja bukan ?

Sebuah video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Christoph Koch menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak yang memakai kostum superhero mereka begitu teruja beraksi dengan gaya yang biasa dibuat oleh superheronya.

Dia memakaikan anaknya kostum Spiderman yang menjadi kegemaran anaknya dan memegang anaknya bergerak di dinding dan syiling seperti Spiderman

Dia menampung anaknya dengan gaya Spiderman merangkak di syiling

Lihatlah gaya anaknya, lagak seperti Spiderman sedang memerhatikan sesuatu

Dengan gaya Spiderman melepaskan tali fibre untuk bergerak ke bahagian lain

Dia begitu teruja mengayakan aksi seperti Spiderman

Video yang dimuatnaik oleh Christoph Koch itu menjadi viral dan mendapat lebih 22 juta tontonan dan lebih 600 ribu perkongsian di Facebook.

Bagi setiap kanak-kanak mereka senantiasa teruja apabila kita memberi mereka mainan superhero kegemaran mereka. Apa kata selepas ini kita membeli kostum hero kegemaran mereka dan melayan mereka seperti superhero tersebut? Tentu mereka lebih teruja kan? Daripada membeli mereka mainan, kita menjadikan impian mereka kenyataan…

Tonton VIDEO Kanak-Kanak Spiderman Di Bawah Ini

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber Video : Facebook Christoph Koch / Disediakan Oleh Beritakopak.org