Miliki Suara Mirip Dato’ Siti Nurhaliza, Siti Shower Buat ‘Cover’ Lagu Tak Tun Tuang Buat Ramai TERPEGUN !!

Miliki Suara Mirip Dato’ Siti Nurhaliza, Siti Shower Buat ‘Cover’ Lagu Tak Tun Tuang Buat Ramai TERPEGUN !!

Memiliki suara seiras Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Rudey a/l Barasat atau lebih dikenali sebagai Siti Shower menjadi viral tahun lalu apabila video nyanyiannya di bilik mandi sambil mengalunkan lagu Dato’ Siti Nurhaliza tersebar di media sosial.

Video ini direkod oleh rakan baiknya semasa di asrama dan memuatnaik video ini di media sosial sehingga menjadi tular. Bagi yang masih belum menonton video menjadikan Siti Shower ini popular, sila tonton video di bawah :

Tidak dapat dinafikan, lenggok suaranya seakan-akan sama dengan suara penyanyi nombor satu negara kita, tidak kira sama ada semasa berbual atau pun sedang menyanyi. Apa yang sangat uniknya suara itu datang daripada seorang lelaki.

Siti Shower yang berasal dari Langkap, Perak itu sering menerima undangan nyanyian dan turut dijemput menjadi tetamu undangan di stesen televisyen seperti rancangan Motif Viral, Astro dan Kata Serasi, NTV7.

Rata-rata ramai yang terpegun apabila mendengar Siti Shower bercakap dan menyanyikan lagu Dato’ Siti Nurhaliza. Di bawah adalah video Siti Shower menjadi tetamu di Motif Viral, Astro bersama rakan baik yang merekod videonya di bilik mandi sebelum ini.

Selain daripada menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Shower juga turut membuat ‘cover’ lagu penyanyi lain. Siti Shower pernah membuat ‘cover’ lagu Tak Tun Tuang, nyanyian asal Silvia Nanda atau lebih dikenali sebagai Upiak yang berasal dari Indonesia.

Lagu ‘cover’ ini sehingga kini telah ditonton sebanyak hampir 9 ribu kali di Youtube. Cuba anda bayangkan suara Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu Tak Tun Tuang. Memang mirip sangat dengan suara Dato’ Siti.

Jom tonton video penuh di bawah :

Meskipun pernah diejek dan dilemparkan dengan pelbagai komen negatif, Siti Shower bagaimanapun tidak mengendahkan segala pandangan itu. Tambahnya lagi dalam program Motif Viral “Kalau dia orang nak ejek pun, suka hati kau orang lah.. ”

Yang pasti, keistimewaan yang dimilikinya membuat ramai berasa terhibur dan terpegun. Tentu ramai yang masih ingin melihatnya mewarnai kaca televisyen mahupun media sosial dengan suaranya yang merdu dan menarik itu.

By Berita Kopak