Lagu Bobo Di Mana Versi PU Azman Ini Buat Ramai Yang Sentap. Memang Gempak !!

Lagu Bobo Di Mana Versi PU Azman Ini Buat Ramai Yang Sentap. Memang Gempak !!

Lagu Bobo Di Mana nyanyian asal usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri yang berkoloborasi dengan Nur Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia kini sering diperdengarkan dan menjadi siulan di bibir-bibir ramai orang.

Walaupun begini ramai yang tidak menyukai video muzik lagu Bobo Di Mana kerana tariannya dianggap tidak sopan dan agak keterlaluan. Sehingga kini video muzik Bobo Di Mana (Official) ditonton lebih 7 juta kali di Youtube dan memperolehi 45 ribu ‘likes’ dan 369 ribu ‘dislike’.

Terdapat banyak juga ‘Cover’ dan versi lagu Bobo Di Mana yang dinyanyikan dan dimuatnaik di Youtube. Antaranya yang diubah tajuk sebagai ” Iman Di Mana ? “, dinyanyikan oleh Salamayn dan Coach Azeem. Lagu ini tentang manusia yang sering melupakan Tuhan hanya kerana manusia. Sehinggakan solat pun diabaikan begitu sahaja.

Bagi yang masih belum menonton video Iman Di Mana, boleh tonton video di bawah :

Yang terbaru pendakwah bebas yang juga merupakan juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Azman Syah Alias turut membuat ‘cover’ lagu Bobo Di Mana. Menerusi entri di akaun Instagramnya, beliau yang popular dengan nama panggilan PU Azman, memuatnaik satu video yang bertajuk Bobo Di Mana Versi Muhasabah.

Lagu versi PU Azman ini juga berkonsepkan ketuhanan dan mempunyai lirik yang membawa makna mendalam dan memberi peringatan kepada kita untuk kembali kepada Yang Maha Pencipta.

Jom tonton video penuh di bawah :

Muka x mandi. Lagu ini saya tujukan tuk diri sendiri. Credit tuk @aliffsyukriterlajaklaris dan team.. “

Beberapa hari yang lalu, PU Azman juga memuatnaik video ‘cover’ Masjid Di Mana Vs Bobo Di Mana yang juga diubah liriknya. Tonton video penuh di bawah :

Penukaran lirik sebarang lagu-lagu komersial adalah untuk muhasabah diri saya sendiri. Oleh itu, saya berharap netizen tidak mengecam mana-mana pihak. @aliffsyukriterlajaklaris saya tukar lirik ya.. “

Video PU Azman mendapat pujian daripada netizen kerana mesej yang disampaikan sangat-sangat mendalam. Antara komen-komen netizen :

” Fuhhhv sentap hahaha aku suka nie hahaha nice.. “

” Lagu ni sy ok…tpi lagu yg lagi satu Tu sy X boleh terima… Allahu akbar.. “

” Bla dgar ustaz yv nyanyi bru tau lgu nie sdap n merdu.. “

” @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi mcm baru boleh dpt 1M likes.. “

” Allahuakbar terbaik ustaz.. “

” Tak tau kenapa sedih sgt bila uztaz nyanyi lirik penuh makna #manusiakembalilahpdygNya.. “

” Patut buat lagu2 mcm ni kalau dia betul2 nk menyanyi… hihihi kan.. “

” Terbaekk saya suka lirik nya berhemah mengajak.. “

Semoga lebih banyak lagi lagu-lagu sebegini yang boleh membawa manfaat kepada semua. InshaAllah, Amin…

Apa-apa pun memang terbaik PU Azman..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak