Kita selalu Mendengar Kisah Arnab dan Kura-kura, Bagaimana Jika Mereka Benar-Benar Dipertandingkan? Adegan Sebenar Yang Ingin Kita Lihat……

Kita selalu Mendengar Kisah Arnab dan Kura-kura, Bagaimana Jika Mereka Benar-Benar Dipertandingkan? Adegan Sebenar Yang Ingin Kita Lihat….

Arnab dan Kura-Kura adalah sebuah cerita dongeng teladan yang selalu kita dengar semasa kecil. Kisahnya mengenai seekor arnab yang mengejek seekor kura-kura yang bergerak lambat. Sang kura-kura membalas dengan cabaran berlumba dengan sang arnab. Walaupun sang arnab mula-mula berlumba jauh sekali di hadapan sang kura-kura dan amat yakin akan menang, ia berehat sejenak di tengah-tengah laluan perlumbaan. Akhirnya, setelah berjaga, si arnab mendapati pesaingnya yang lambat itu akhirnya memenangi perlumbaan.

Begitulah kisah yang menjadi teladan untuk kita supaya tidak memperkecilkan kelemahan orang lain. Tetapi bagaimana kisah itu di dunia nyata?

Sebuah video yang pernah viral di media sosial menunjukkan sebuah pertandingan yang mempertemukan dua haiwan tersebut. Kura-kura dan arnab diletakkan dalam dua trek perlumbaan yang pendek untuk melihat apakah benar cerita teladan yang popular seluruh dunia itu.

Perlumbaan pun bermula. Arnab mungkin merasakan dia dapat mengatasi kura-kura membiarkan kura-kura bergerak dahulu

Seketika kemudian Arnab berlari dengan kencang dan meninggalkan kura-kura yang merangkak dengan perlahan

Seperti di dalam kisah teladan tersebut, arnab kemudian bermain-main sahaja dengan duduk bersahaja sambil kura-kura memotongnya…

Lihatlah arnab tersebut yang masih bermain-main sedangkan kura-kura meneruskan perlumbaan

Akhirnya kura-kura melepasi garis tamat dan memenangi perlumbaan tersebut, benar-benar seperti kisah dongeng itu

Jadi, kesimpulannya bukanlah membenarkan kisah dongeng tersebut tetapi percayalah, kisah di sebaliknya adalah jika kita mempunyai kekuatan dan kemahiran tetapi kita tidak menggunakannya dengan benar maka kita tidak akan mencapai apa-apa. Sedangkan jika orang yang mempunyai kelemahan tetapi meneruskan usaha tanpa jemu akan berjaya juga akhirnya.

Sebuah Video yang memberi inspirasi!

Tonton VIDEO Penuh Perlumbaan tersebut di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE dan semoga Bermanfaat!