” Huh… Tak beranak pun badan macam badak ke ? ” – Disindir Netizen, TAK SANGKA Ini Respon Abby Abadi

” Huh… Tak beranak pun badan macam badak ke ? ” – Disindir Netizen, TAK SANGKA Ini Respon Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi memuatnaik satu video sedang menggunakan ‘treadmill’ untuk bersenam di salah sebuah ‘gymnasium’. Turut menemaninya adalah suaminya,Β Muhammad Faizal dan juga anak-anak.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan meluahkan beliau merasakan berat badannya sudah meningkat. Oleh sebab itu, Abby mengambil pendekatan untuk bersenam untuk membantu proses untuk menurunkan berat badan dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami.

Video Abby ini mendapat perhatian netizen dan ramai yang berkongsi tips serta petua dan ada antara mereka turut berkongsi pengalaman dalam usaha menurunkan berat badan yang berlebihan.

” Seriuss rasa terlebih badak dah ni. Dulu sejam treadmill, basikal ni celah gigi je.. sekarang nk dpt 10min pun rasa nk putus urat kentut haha.. ”

” Tolonglah hambamu ni Ya ALLAH. Hamba taknak badan cam badak ni. Mohon dibantu hilangkan lelemakkks ni Ya ALLAH. Hamba nk sihattt.. Bantu hamba Ya ALLAH.. Amin.. “

Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Abby. Ada juga yang memberi petua dan berkongsi tips yang mereka amalkan untuk menguruskan badan. Antara komen-komen netizen :

” Cut portion of food intake jer. Stgh jam before mkn, minum air dulu. Pastu mkn mlm kul 6 ptg. Jgn mkn jajan.. “

” Minum sky juice, say NO to sweet drinks forever. Air kurang manis or kurang gula pun jangan. Confirm mantain slim even makan lah banyak mana pun. We just need to reduce our sugar intakes only if we’re serious about losing weight and be healthy.. “

” Sy stop minum minuman bergula.. Mkn nasi sekali sehari.. ambil Omega Dan minum makan epal hijau weight turun 10kg.. “

” InshaAllah.. bole dan yakin bole..cikta sendiri dulu berat 100kg dlm 2 bln turun 20kg dan makin lama skit2 penurunan… skng ni still diet main2 n mantain hiking lari2 ank n berkayuh basikal .. cuma nok capai berat yg nok tu x mampu lagi.. tp alhamdulillah.. janji cikta sihat dan masih mampu utk lakukan aktiviti dgn ank suami dan rakan2. Yg penting sihat dan mudoh utk solat.. “

” Kite dulu tak makan nasi 28hari turun 9.7kg.. bulan ke 2 dan ke 3 ambik nasi jarang2.. Benda manistak ambik.. Makan yg rebus2 je.. Alhamdulillah dlm 3 bulan hilang 20kg.. 1 je lah.. kena kental lah.. ”

” Abby try minum air epal hijau 350ml setiap hari. Akak dlu berat 75kg.. lps amal minumjus epal 350ml setiap hari selama 2 minggu.. Alhamdulillah banyak turunnya.. Skrg dah 58kg.. “

Namun begitu masih ada netizen yang meninggalkan komen negatif. Komen netizen ini dibalas oleh Abby.

Komen negatif netizen ini membuatkan ramai yang marah dan geram kerana dikatakan sangat biadap. Ramai yang turut membalas komennya.

” Tu buktinya dia bahagia. Tp you pula yg nampak nya xbahagia kat sini sbb comment tu myakitkn hati org lain.. “

” Mulut..x ad adap!ingat kau tu cantik sangak ke.nk ngutuk org..diri x betul ad hati nk hina org..lantak dia lah nk jadi badak ke apa ke.. ada dia menyusah kan mak bapak kau ke..ad dia mintak duit kat mak bapak kau ke..ko tu jelos..sebab ko tu keding..mcm tengkorak…cermin diri dulu sebelum nk ckp org!.. “

” Adoii lh kak oii..xbrnak ape kebendanya..yg 3 org ank abby tu kluar ikot mna..mngucap sma kak oii..mngta bdn org mcm bdak.. skrngnya abby bhgia..jeles ke kak..adoii.. “

” Bukannya abby dh ada ank 3 sblm ni.. bila masa pulak abby tak beranak… lain kali kalau nk komen selidik dulu.. jgn mulut mcm longkang.. “

” Orang kata biar muka hodoh cik, jangan hati busuk.. Orang berkeluarga yg baik2 hubungan, jangan awak nak laga-lagakan.. Lagi sekali pesan, muka biar buruk, hodoh tapi hati jangan busuk. Ingat sampai bila2 ye.. “

Walaubagaimana pun, netizen yang meninggalkan komen negatif itu telah memadam gambar profile tetapi akaun instagramnya masih aktif.

Harap Abby tak layan orang yang berfikiran negatif dan suka mengecam ini. Kalau dilayan lagi menyakitkan hati, tapi kalau kita tak layan baru dia yang sakit hati.

Apa-apa pun semoga Abby berjaya mencapai berat idaman supaya lebih sihat, dijauhi segala penyakit dan senang untuk beribadah.

Sumber : IG Abby Abadi by Berita Kopak