Wanita Penjaga Orang Tua Ini Melayan Dengan Kasar Orang Tua Ini, Kelakuannya ‘Kantoi’ Selepas Di Pasang CCTV…

Wanita Penjaga Orang Tua Ini Melayan Dengan Kasar Orang Tua Ini, Kelakuannya ‘Kantoi’ Selepas Di Pasang CCTV…

Di zaman moden ini lebih ramai anak-anak menghantar ibubapa mereka ke rumah orang tua. Ada yang menghantarnya kerana tidak larat lagi menjaga mereka dan ada juga yang tidak mampu lagi menanggung keperluan ibubapa mereka kerana masalah kewangan. Bagi yang mempunyai wang tetapi tidak mempunyai masa, mereka akan mengupah pengasuh untuk menjaga dan memenuhi keperluan ibubapa mereka di rumah.

Untuk mereka yang bertuah dan bernasib baik, mereka akan mendapat penjaga yang baik hati dan ikhlas menjaga mereka. Penjaga yang baik akan menggangap orang-orang tua yang duduk di situ seperti ibubapa mereka juga. Setidak-tidaknya mereka akan cuba melayan mereka dengan baik. Tetapi bagaimana jika mereka mendapat penjaga yang hanya memikirkan tentang imbuhan sahaja dan melakukannya dengan paksa.

Sebuah video yang beredar di media sosial mendapat reaksi yang ramai dari para penonton. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki tua yang tinggal di rumah orang tua di layan secara kasar oleh penjaganya. Wanita penjaga itu memberinya makan dengan sangat kasar dan terlihat kadang-kadang memukul orang tua itu.

Orang tua ini bernasib malang mendapat penjaganya yang satu ini

Dia menyuap makanan dengan begitu kasar tanpa ada perasaan belas kasihan

Kelihatan dia menolak orang tua tersebut dengan kasar sebelum menyuapkannya makanan

Dia juga dilihat memukul dada orang tua itu dengan agak kuat

Lihatlah cara menyuapkan makanan kepada orang tua itu, benar-benar bukan seorang yang ikhlas dalam menjalankan tugas

Dia mengangkat kaki seolah-olah ingin menendang orang tua ini, sepatutnya dia tidak layak untuk melakukan tugas ini

Begitulah nasib orangtua malang tersebut yang mendapat penjaga yang kejam. Mujurlah ada CCTV yang merakamnya. semoga pelakunya dapat di bawa ke muka pengadilan dan di hukum sepatutnya.

Percayalah, Kebahagian sebenar ibubapa adalah dapat bersama anak-anak mereka di hari tua mereka. Sekurang-kurangnya berilah perhatian kepada mereka, mengambil tahu tentang keperluan mereka semasa mereka masih lagi ada di dunia ini. Semoga kita menjadi anak yang senantiasa mengingati ibubapa.

Tonton VIDEO Penuh Penjaga Orang Tua Di Bawah Ini

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat!

Artikel Beritakopak.org