TAK SANGKA Ini Yang Fattah Anas Lakukan Selepas Memukvl Papanya, Buat Ramai Yang Terkejut !!

TAK SANGKA Ini Yang Fattah Anas Lakukan Selepas Memukvl Papanya, Buat Ramai Yang Terkejut !!

Fattah Anas semakin popular semenjak video viral menjadi kucing di dalam sangkar menjadi viral. Fattah Anas atau mesra dengan panggilan Anas sering diundang menjadi tetamu di stesen televisyen dan radio tanahair seperti Motif Viral, Meletop, Kool FM dan sebagainya.

Video-video telatah Anas sering mendapat perhatian peminat-peminatnya yang sentiasa menantikan video- video dan ‘update’ terbaru aktiviti Anas. Gelagatnya yang selamba dan comel itu boleh membuatkan sesiapa sahaja cair.

Yang terbaru menerusi akaun instagram, Papa Anas memuatnaik satu video berduaan dengan Anas dalam sebuah kereta. Dalam video berkenaan, Anas kelihatan marah-marah dan tiba-tiba memukul papanya dengan topeng spiderman.

Apa yang menarik perhatian netizen, selepas beberapa saat memukul papanya itu, Anas tiba-tiba terdiam sambil merenung ke bawah dan terus cakap ‘sorry’. Mungkin Anas rasa bersalah sebab memukul papanya itu. Kemudian Anas memeluk dan mencium Papanya dengan manja.

Sikap Anas yang sedemikian membuatkan netizen terharu dan memuji hasil didikan Papa dan Mama Anas. Walaupun begitu, wajah Mama Anas tidak pernah kelihatan di mana-mana video Anas membuatkan ramai netizen mempersoalkannya. Mungkin beliau ada sebab yang tersendiri tak nak dikenali umum.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Budak ni kalau buat muka kesian mmg A+.. dah pukul papa pastu acah2 nak nangis pulak.. err alaaahai.. “

 

View this post on Instagram

 

budak ni kalau buat muka kesian mmg A+.. dah pukul papa pastu acah2 nak nangis pulak.. err alaaahai..

A post shared by PAPANAS (@fattahanas_official) on

Rata-rata ramai yang sebak bila mendengar Anas cakap ‘Sorry’ selepas memukul papanya. Antara komen-komen netizen :

” Purest heart la Anas ni.. cair auntie.. nasib baik papa.. kalau auntie the moment u said sowie tu auntie da teriak sama.. “

” Bagusnya si meow makan bihun ni. pukul papa dia terus cakap sorry, anas tahu yg dia dah buat salah. bagus papa didik anas camni .. “

” Alahaii. Aku pulak yang nak nangis ni.. “

” Comeinya lah.. Nyesal le tu kot pukui papa.. “

” Ya Allah cute sngt.. Moga jadi anak yg soleh buat mommy dan papa awk adik anas.. “

” Anass syg… smoga mnjadi anak yg soleh papa & mama di dunia & di akhirat.. nnt dh besar, anas pulak yg jg papa & mama dgn pnuh ksh syg taw.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan Anas menjadi anak yang soleh yang membahagiaan kedua ibu bapa. ‘Thumbs up’ kepada Papa dan Mama Anas kerana berjaya mendidik Anas meminta maaf setelah melakukan kesalahan walaupun Anas masih kecil.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tak gitu ? Apa-apa pun, cute dan sweet kan Anas ni ?

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak