Shuib Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Siti Sarah Semasa Rehearsal Big Stage. Alahai… Sweet Sangat !!

Shuib Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Siti Sarah Semasa Rehearsal Big Stage. Alahai… Sweet Sangat !!

Siapa yang tidak kenal pasangan ‘sweet’ pelawak terkenal Shuib Sepahtu dan isterinya penyanyi berbakat besar, Siti Sarah Raissuddin. Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sebelum ini pada 12 September yang lalu, Siti Sarah ada memuatnaik ucapan sempena hari lahir suaminya, Shuib. ‘Posting’ dan ‘caption’ Siti Sarah membuatkan ramai yang terharu.

“Terima kasih Allah mencipta suami ku.. terima kasih @amy_salmi melahirkan suami ku.. terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.. “

” Moga diampuni segala dosa suami ku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manafaat hidupnya untuk sekalian alam, dimurahkan rezekinya supaya lebih bayak amal yg dapat dilakukan, lebih berjaya, aman rumahtangga.. “

” Moga suami ku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia .. amin amin amin ya robbal alamin.. “

” Moga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga.. happy birthday SUAMI.. ”

Rupanya hari lahir Siti Sarah hanya berbeza beberapa hari sahaja iaitu pada 15 September. Yang terbaru menerusi akaun instagram, Shuib berkongsi video membuat kejutan kepada Siti Sarah ketika ‘rehearsal’ Big Stage.

Siti Sarah yang akan berduet bersama Wany Keyrie pada Konsert Minggu Ke 7 Big Stage malam ini. Mereka akan menyanyikan lagu Nisan Cinta, nyanyian asal Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.

Menerusi video berkenaan, Siti Sarah yang berada di atas pentas terkejut apabila suaminya muncul membawa kek dan belon sambil menyanyikan lagu ‘ Happy Birthday To You ‘.

Turut sama meraikan dan menyanyikan untuk Siti Sarah ialah Wany Keyrie, Aliff Satar, Sherry Alhadad dan beberapa krew Big Stage.

Siti Sarah kelihatan terkejut dan terharu atas kejutan yang dilakukan oleh suaminya yang berpakat dengan beberapa ‘mastermind’. Serius comel dan ‘sweet’ sangat pasangan bahagia ini.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Happy besday sayang @sitisarahraissuddin …. Besok nyanyi sedap2 eh kt big stage. Tqqqqq mastermind @realckfaizal dan Kak Nana….. “

Rata-rata peminat terhibur dengan video ini dan mengambil kesempatan untuk turut sama mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Siti Sarah. Antara komen-komen peminat :

srikandi_relunghati : Sanah helwah @sitisarahraissuddin… moga pnjg umur, murah rezeki, moga bahagia bersama suami tercinta @shuibsepahtu dan ank2, semoga di permudahkn segala urusan baik di dunia mhupn di akhirat kelak dan semoga hidupmu senantiasa berada di dlm lindungan & rahmat اللہ…. aamiin

aadel10 : Selamat ulang tahun kak @sitisarahraissuddin semoga Allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki amin..

tulip_haider : Happy birthday @sitisarahraissuddin .. Moga Allah swt kurniakan kebahagian bsama yg tersayang & D mewahkan rezeki dunia akhirat ..Amin

norjamilahila : Happy birthday pretty @sitisarahraissuddin semoga dirahmati, diberkati didunia dn akhirat… Inshaallah Aamiin

mrsfaizulshafferi : happy besday @sitisarahraissuddin semoga happy2 selalu.. berjaya dunia akhirat…

hamdiahbj79 : Mmg x jauh yee birthday korang dua ni….##Happy birthday# Shuib & siti sarah.. sweet smpai k syurga

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Siti Sarah dan ‘Happy Belated Birthday buat Shuib Sepahtu. Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan dan hidup bahagia sampai ke syurga. Amin..

Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin / Shuib Sepahtu by Berita Kopak