SEDIHNYA, Orangutan Ini Melawan Bulldozer Yang Meranap Hutan Tempat Tinggalnya…

SEDIHNYA, Orangutan Ini Melawan Bulldozer Yang Meranap Hutan Tempat Tinggalnya…

Sebuah video yang menjadi tular di facebook menunjukkan seekor Orangutan yang melawan Jentera Bulldozer. Video tersebut yang dimuatnaik oleh Facebook NowThis itu sudah di tonton melebihi 5 juta orang dan mendapat lebih 140 ribu perkongsian. Ianya menjadi viral di Facebook dan Twitter.

Kejadian tersebut dinyatakan berlaku di Hutan Sungai Putri Kalimantan, Indonesia. Salah satu habitat Orangutan yang terdapat di sana.

Di dalam video tersebut, seekor Orangutan dilihat bergayut di atas sebatang pokok yang tumbang.

Dia berjalan di atas pokok yang tumbang itu untuk pergi kepada bulldozer.

Apabila dia sampai ke bucket bulldozer itu, kelihatan pemandu bulldozer itu menggerakkan bucketnya.

Orangutan melompat ke atas bulldozer sebelum jatuh ke atas tanah yang dipenuhi oleh dahan dan batang pokok yang telah ditumbangkan.

Website NowThis menyatakan terdapat lebih 1.000 Orangutan berada di hutan Sungai Putri yang berada di wilayah Ketapang, Kalimantan Barat, Indonesia.

Menurut NowThis hutan itu adalah salah satu dari habitat terakhir Orangutan Kalimantan yang masih tinggal di dunia. Kerajaan Indonesia juga menyatakan yang mereka akan menjaga habitat tersebut dari pembangunan komersial yang akan menjejaskan kehidupan Orangutan.

Ramai yang bersimpati apabila menonton yang menyayat hati bagaimana seekor Orangutan berjuang untuk mempertahankan ‘rumahnya’. Semoga video ini menjadi inspirasi untuk kita sebagai manusia agar lebih sedar akan kepentingan makhluk lain yang memerlukan perhatian.

Tonton VIDEO Orangutan Melawan Bulldozer Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat!

Sumber : Facebook Nowthis