‘Power’ Betul Suara Wanita Ini Menyanyi Buat Hazama Menyesal Dan Penonton Tergamam. Memang Padu !!

‘Power’ Betul Suara Wanita Ini Menyanyi Buat Hazama Menyesal Dan Penonton Tergamam. Memang Padu !!

Menggunakan konsep dan format rancangan asal dari Korea Selatan, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) versi Bahasa Melayu menggandingkan Syuk Sahar dan Alvin Chong sebagai pengacara serta turut menampilkan artis jemputan.

Program ini menampilkan 3 penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul serta seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan dan mempunyai 4 pusingan.

Tugas para penyiasat adalah untuk membantu artis jemputan mendedahkan siapakah agaknya penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang.

6 orang penyanyi misteri akan diperkenalkan, dan artis-artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang pada setiap pusingan.

Setiap penyanyi misteri yang disingkirkan akan ke pentas penentuan di mana mereka akan memperdengarkan suara sebenar mereka. Dan, sekiranya penyanyi misteri yang terakhir merupakan penyanyi sebenar, beliau secara automatik akan menyertai Showcase ICSYVMY.

Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3, 000 dan juga hadiah daripada penaja.

Bagi episod malam semalam, Hazama diundang sebagai penyanyi undangan yang perlu mengenalpasti siapakah penyanyi misteri yang boleh menyanyi atau siapakah penyamar bersuara sumbang.

Apa yang menariknya, penyanyi misteri yang menggunakan nama samaran Pemeluk Alam Indah mendapat perhatian ramai kerana suaranya yang sangat ‘power’.

Penyanyi misteri yang bersuara merdu dan baru berusia 19 tahun ini bernama Noor Izuranie Binti Abdul Mudar. Beliau berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan kini sedang melanjutkan pelajaran UITM Shah Alam, Selangor.

Noor Izuranie menyanyikan lagu Menghitung Hari, nyanyian asal penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti. Rata-rata barisan penyiasat dan juga menonton memuji dan kagum dengan suaranya. Hazama telah menyingkirkan Noor Izuranie pada pusingan yang ketiga.

Pada pusingan ketiga ini, salah seorang penyiasat dikehendaki mempertahankan penyanyi misteri yang dipilih untuk mereka, tidak kira sama ada penyanyi misteri itu penyanyi sebenar atau penyamar bersuara sumbang. Maksudnya, mesti kata penyanyi misteri itu boleh menyanyi walaupun dia penyamar bersuara sumbang.

Mat Dan telah terpilih untuk mewakili Noor Izuranie. Tetapi Mat Dan gagal mempengaruhi Hazama membuat keputusan yang tepat supaya tidak menyingkirkan Noor Izuranie.

Apabila Noor Izuranie mula menyanyi, Hazama dan semua yang berada di studio terpegun mendengar suara Noor Izuranie yang sangat merdu itu. Apa yang menariknya, Hazama melarikan diri ke tempat penonton kerana rasa bersalah menyingkirkannya.

Hazama juga kelihatan beberapa kali menepuk dahinya kerana mungkin menyesal dengan keputusan yang telah dibuat. Barisan penyiasat turut memberikan ‘standing ovation’ selepas Noor Izuranie selesai membuat persembahan.

Jom tonton video penuh di bawah :

Rata-rata netizen terpegun dan memuji suara lunak Noor Iziranie. Antara komen-komen netizen :

” Asal sabah .. sedap and ada bunyi mcm adira sikit .. boleh bha kalau kau bossku .. semoga ada rezeki.. “

” Dari awal tgk mmg da agak dia bole nyanyi.. Suara dia tu lbih power dr kebanyakan artis kt Malaysia..tp xpelah atleast bleh tgk prsembahan solo dia yg kevavom tuh.. “

” Peserta wanita yg ke 2 dlm icsyv yg sedap suaranya.. “

” Lagu ni dah la lama x dgr… dia bwk sedap lak tuuu… adoi very the mengimbau kenangan lalu… btl2 power sora dia… terbaik la… panel ni saje nak kenakan hazama rasany … haha!! “

” Suara dia perfect harap2 dia ada lagu sendiri.. “

” Lemak berkrim cukup rasa, sedap bakhang suara dia “

Yang lagi melucukan, Hazama akhirnya tertipu dengan wajah cantik penyanyi misteri terakhir yang sebenarnya penyamar bersuara sumbang. Penyanyi misteri ini menggunakan nama samaran Beauty Cutie. Nama sebenar beliau Janice Low, berusia 24 tahun dan merupakan seorang model fesyen.

Tonton video di bawah :

Kepada Noor Izuranie, suara anda memang ‘power’ !! Teruskan menyanyi dan menghiburkan orang dengan nyanyian anda. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube NTV7 Malaysia by Berita Kopak