“Ni apa punya najis pemikiran kau ni, driver WRV####?… Kau park bebetul kat pam angin, blok org ramai drpd guna kemudahan pam angin semata² nak….”

“Ni apa punya najis pemikiran kau ni, driver WRV####?… Kau park bebetul kat pam angin, blok org ramai drpd guna kemudahan pam angin semata² nak….”

Pernahkah kita mengalami situasi di mana kita menuju ke stesen minyak untuk mengisi angin tetapi tiba-tiba hasrat kita terbantut kerana ada kereta lain yang sedang diletakkan di situ tanpa tujuan. Lebih-lebih lagi jika stesen minyak yang berhampiran dengan tempat tumpuan orang ramai seperti pasar malam ataupun restoran makanan segera.

Seorang pengguna Facebook memuatnaik sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta yang diletakkan di tempat mengisi angin dengan tujuan lain yang menyusahkan orang ramai. Pengguna Facebook tersebut yang bernama Fais Al-Hajari memuatnaik video tersebut dengan caption berikut :

Ni apa punya najis pemikiran kau ni, driver WRV####?

Kau park bebetul kat pam angin, blok org ramai drpd guna kemudahan pam angin semata² nak bawak awek kau yg muka pecah tu makan kat fast food, lepas tu kau x puas hati org sound kau?

Untung org tu sound je. Kalau aku la kat situasi tu, dah lama dah kau berkicap makan tayar. Baru pakai Grand Livina dah otak mcm jamban!

Kepada rakyat Malaysia sekalian, ini ialah contoh manusia yg ada najis dlm kepala otak dia

Begitulah Caption Facebook tersebut yang disertakan dengan sebuah Video. Sepatutnya beliau geram kerana kereta tersebut telah menggangu orang lain yang lebih memerlukan ruang tersebut untuk mengisi angin.

Status Facebook Fais Al-Hajari seperti di Bawah

Seorang lelaki meletakkan kereta betul-betul di tepi tempat mengisi angin di sebuah stesen minyak

Kelihatan dua orang lelaki dan perempuan keluar dari kenderaan dan menuju ke satu tempat, bukan untuk mengisi angin

Rupa-rupanya mereka pergi ke restoran makanan segera yang berada berhampiran

Selepas itu datang sebuah motosikal yang ingin mengisi angin tetapi tepaksa bergelut dengan tempat yang sempit

Datang sebuah kenderaan lagi tetapi kali ini kereta yang ingin mengisi angin

Tujuannya terbantut kerana kereta berwarna oren tadi yang meletakkan kenderaan di situ

Tiba-tiba pasangan tadi kembali ke kereta mereka, kerana geram lelaki berbaju hijau menegur pemilik kereta oren tersebut

Mereka kelihatan hampir bergaduh tetapi dihalang oleh wanita terbabit

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang sesuka hatinya meletakkan kereta di situ

Sebagai manusia, kita seharusnya memikirkan tentang orang lain yang lebih memerlukan. Kerana kita juga kadang-kadang akan berada di situasi yang sama. Janganlah kita mementingkan diri sendiri denagn membuat sesuatu tanpa memikirkan tentang orang lain. Semoga Video tersebut menjadi pengajaran dan teladan untuk kita.

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber Video Dan Cerita : Facebook Fais Al-Hajari