TAK SANGKA Ini Respon Syatilla Melvin Apabila Dituduh Biadap Dan Kurang Ajar !!

TAK SANGKA Ini Respon Syatilla Melvin Apabila Dituduh Biadap Dan Kurang Ajar !!

KUALA LUMPUR: Dikritik kerana dikatakan bersifat kasar terhadap suami, aktres, Syatilla Melvin berpendapat rasa hormat kepada pasangan bukanlah diukur daripada panggilan.

Isteri kepada Shaheizy Sam itu memberitahu, dia dan suami memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Malah, hubungan mereka sudah terjalin lebih 10 tahun sebelum berkahwin.

“Kami sudah melalui susah senang bersama dalam tempoh perkenalan yang lama. Jadi, bagi saya, panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan.

“Tidak semestinya apabila saya membahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’, itu bermakna saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

“Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai biadap atau kurang ajar. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya,” katanya kepada BH Online.

Netizen mula mengkritik Syatilla gara-gara video dimuat naik Sam pada akaun Instagram. Antara lain rakaman itu menunjukkan aksi pelakon drama Sha & Shah itu membahasakan suaminya ‘kau’ yang disifatkan peminat sebagai biadap.

Syatilla berkata, sebagai isteri, dia tahu menjaga batas.

“Biarpun panggilan itu dianggap kasar oleh sesetengah pihak, namun sebagai isteri, saya masih tahu menjaga batas.

“Ia sekadar gelaran mesra kami suami-isteri, bukanlah pengukur kebahagiaan hubungan rumah tangga,” katanya.

Sam dan Syatilla yang sedang hamil anak kedua, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Syeriv Shamheizy.

Tonton video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

Payahnya nak potong rambut dia skang, sampai iboo kena jadi berok laa 😂

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Sumber : Berita Harian / IG Shaheizy Sam / Syatilla Melvin