” Mana Makcik kain kembang, makcik bawang. Wanita berloceng, laki meroyan, tunggu apa lagii HAHH KUTUKKK !! “

” Mana Makcik kain kembang, makcik bawang. Wanita berloceng, laki meroyan, tunggu apa lagii HAHH KUTUKKK !! ” – Setelah lama berdiam diri, ini respon terbaru Datuk Seri Vida

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan arahan untuk jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida supaya menghentikan sebarang promosi berkaitan Lavida Coin sebelum ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan juga kesangsian terhadap kesahihah pelaburan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Moga Allah Mudahkan urusan LAVIDA COIN.. DOA YE SAYANG. Bagi bagi sepenuh kerjasama atas arahan SC Bg memudahkan pihak mrk membuat PENELITIAN terhadap Lavida Coin. . . Sayang tunggu hingga sy update lagi ye

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Kemelut yang tercetus antara penyanyi ternama tanah air dan juara Gegar Vaganza Musim ke 4, Aishah dengan Datuk Vida juga turut menjadi kecoh dan diperkatakan oleh banyak pihak. Aishah mendakwa beliau mendapat hadiah rantai emas palsu yang dihadiahkan oleh Datuk Vida.

Sejak kontroversi yang melanda Datuk Vida baru-baru ini, beliau kelihatan jarang memuatnaik posting di instagram berbanding sebelum ini. Ramai yang merindui video Datuk Vida yang sentiasa ceria dan gelak tawa beliau yang menjadi ‘trademark’nya sebelum ini.

Yang terbaru menerusi akaun instagram, Datuk Vida berkongsi video sebelum solat berjemaah. Namun begitu, ‘caption’ Datuk Vida seolah-olah kecewa dengan apa yang berlaku. Beliau juga meluahkan yang beliau tetap terus dikecam walau apa pun beliau lakukan.

Baca pekongsian Datuk Vida di bawah :

” SILA KUTUKK SEBELUM KUTUKAN DITUTUP!!! Sayang sekarang ni saya buat apa pun semua pakat mengutuk!!.. “

” Saya buat solat hajat pun kena KUTUK! Saya Happy pun kena KUTUK!.. “

” Bagi duit orang cakap PALSU! Bagi emas berlian orang cakap PALSU!! Yang tak PALSU tak nak cakap pulak.. “

” Tapi sy tak lupa kpd yg masih menyokong saya tq sayanggg.. “

” Biarlah ini antara saya dgn Allah s.w.t. Dia maha mengetahui.. “

” Mana Makcik kain kembang, makcik bawangg. Wanita berlocengg, laki meroyan, tunggu apa lagii HAHH KUTUKKK!! HAHAHAHA.. “

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Datuk Vida. Tetapi tidak kurang juga yang masih mengecamnya. Antara komen-komen netizen :

” Orang nasihat dia ckp kutuk …. Takpela dato … Kami sebagai nitezen doa yg baik baik je untok dato.. “

” InsyaAllah.. Smua ni ada hikmah DSV.. Semoga Allah memberi kekuatan kpd DSV menhadapi cabaran ini.. Saya sayang DSV.. “

” Kesian DSV … satu salah habis semua orang hina .. sabarlah DSV .. semuanya Ujian Allah SWT… mulut manusia dah memang tak boleh tutup .. kita redha dan am.. “

”  Soal amal ibadat sedekah jariah x perlu nk rekod2 tunjuk kt org… Bnda tu sptutnye jadikan rahsia diri dgn Allah… Utk ape nk tayang amalan diri dkt org? Solat pn nk rekod… Baca quran pn nk rekod… Sedekah pn nk rekod… Utk ape? Nk dptkan perhatian or pujian?.. “

”  Hidop kene steady Dato’… Biar ape org ckp… Jgn peduli.. Allah tau ape yg kite buat… Kalau bende tu salah, Allah bagi musibah.. Kalau bende tu betol, ini ujian.. Bersabar ye Dato’…saya bukan support dato’ vida sahaja… Sye support semua org di Malaysia yg inginkan kejayaan.. “

”  Sy follow dato vida sbb sy tgk sokmo dato vida positive and happy kalu ad masalah gapo2 pun. So dato vida kena happy dan positive supo skalo lah. (i love positive vibes) Cuma maybe ni teguran dari Allah supaya dato vida kembali balik kepada Dia, x berlebih-lebihan dalam kehidupan dato vida. Allah x sey wi dato vida istidraj sbb tu Allah tegur gini. Gapo2 pun, bersangka baiklah dgn Allah atas ujian dan teguran ni. Sy tahu dato vida x mudah melatah. So head your chin up, abaikan mulut2 bushuk manusia hok hati ad hasad dan dengki. Take care dato vida. Skalo bukok ig denga sokmo dato vida ngila supo putianak. Rindu pulok hahahaha.. “

Apa-apa pun semoga Dato’ Vida tabah. Jadikan sebagai pengajaran atas apa yang berlaku. Manusia diuji dengan macam-macam cara. Allah uji sebab dia sayang kita. Mungkin Allah nak menegur supaya kita tidak tersasar dari jalanNya. Wallahulam

Sumber : IG Dato’ Seri Vida by Berita Kopak