Lelaki Tua Ini Mendukung Sesuatu. Apabila Dia Membongkok, Ianya Mengejutkan Ramai Orang…

Lelaki Tua Ini Mendukung Sesuatu. Apabila Dia Membongkok, Ianya Mengejutkan Ramai Orang…

Apabila kita bejalan ke kota-kota besar, kita selalu menjumpai orang yang melakukan persembahan jalanan. Kita akan melihat pelbagai gaya dan cara untuk mereka menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang. Persembahan yang menarik pasti akan membuatkan orang yang menontonnya tidak akan teragak-agak untuk memberikan sedikit wang sebagai tanda ianya menhiburkan.

Ramai orang yang melakukan persembahan jalanan dengan cara menyanyi, bermain muzik, membuat silap mata dan bermacam lagi. Tapi seorang lelaki yang agak berusia membuat persembahan yang begitu menhiburkan dengan cara yang jarang di lihat.

Di sebuah video yang beredar di media sosial, seorang lelaki yang bertopi tiba-tiba membongkokkan badannya di tengah khalayak ramai. Rupa-rupanya dia telah bersedia dengan dua patung yang menyerupai orang lelaki dan perempuan dilekatkan di belakang badannya.

Ini membuatkan patung tersebut seperti berdiri dan berpelukan serta bersedia untuk menari. Lelaki tua yang berada disebalik patung tersebut bergerak dengan cara membongkok dan kelihatan patung tersebut seperti orang yang menari mengikut irama.

Lelaki tua ini pada mulanya berdiri sambil mendukung sesuatu dibelakangnya…

Dia membongkokkan badannya untuk memulakan persembahan

Apabila dia membongkok, kelihatan dua patung yang menyerupai lelaki dan perempuan

Mereka menari mengikut irama dan bergerak berpusing-pusing, benar-benar seperti orang menari

Patung wanita itu kelihatan melompat, gayanya benar-benar seperti penari ais..

Lelaki tua tersebut menanggalkan Kostumnya selepas persembahan, benar-benar persembahan yang menakjubkan!

Video tersebut mendapat banyak pujian dari orang yang menontonnya kerana idea lelaki tersebut yang kreatif. Ada juga yang tidak percaya lelaki tua tersebut boleh membongkok dan menari berpusing-pusing.

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Terhibur!

Beritakopak.org