Kejutan Black Sempena Hari Lahir Isterinya Membuatkan Ramai Yang Terharu. Sweet Sangat !!

Kejutan Black Sempena Hari Lahir Isterinya Membuatkan Ramai Yang Terharu. Sweet Sangat !!

Menerusi perkongsian di akaun instagram, penyanyi berbakat Besar Hanifah Md Hanafiah atau lebih mesra dengan panggilan Black memuatnaik satu video kejutan sempena hari lahir isterinya yang tersayang, Naquia Yasirah Mohd Khairi.

Isteri Black lebih dikenali dengan nama Cirakhairy di instagram. Sehingga kini Cira mempunyai sebanyak 134 ribu ‘followers’ di akaun instagramnya. Cira kini juga sedang hamil anak ke 2 dan sebelum ini mereka sudah memiliki seorang anak lelaki yang bernama Dayyan.

Dalam video berkenaan, Black meraikan hari lahir isterinya dengan membawa Cira ke sebuah restoren untuk ‘candle light dinner’ di bahagian ‘rooftop’. Apa yang menariknya, tiba-tiba ahli keluarga muncul sebagai kejutan membuatkan Cira rasa terharu. Kehadiran mereka memeriahkan lagi sambutan hari lahir buat Cira.

Jom tonton video penuh di bawah :

Happy birthday mommy.. dah 45 thn dah mommy noh.. bulan dan bintang tinggi sgt nak bg kat mommy,cuma kenangan kecil ni ja yg mampu daddy sematkan di hati mommy.. “

” Semoga panjang umur sihat selalu dan bertambahlah anak kita lepaih ni.. love u @cirakhairy “

Rata-rata peminat mempertikaikan umur sebenar isteri Black. Antara komen-komen netizen :

” Happy birthday mommy dayyan..betui ke @black.hanifah yg ke 45??ke 35???.. “

” Happy birthday cirakhairy Semoga diberi kesihatan n dipermudahkan segala urusan n take care.. “

” Alhamdullillah..Happy Burfdae Sis @cirakhairy. Smg dikurnikan rezki yg melimpah ruah,kesihatan yg sejahtera dan dipermudahkn sgala urusan. Aamiin3. Tahniah @black.hanifah for having a beautiful fmly.. “

” Seriusly mummy dah 45tahun??? Nmpk mummy mcm muda lgi tu.. “

” 45?? Ye tdk je la si black ni..ke 35. Papepun hppy birthday to u..@cirakhairy smoga dipermudhkn sgla urusan.. “

” Xkan 45 kot….muda je nmpk mummy tu.. “

” Selamat ulang tahun mommy dayyan… hope bahagia n kekal hingga ke syurga .. sihat slalu.. amin… #inivalel love you dayyen comel.. “

” Assalamualaikum… wish cirakhairy a happy birthday. semoga panjang umor dan murah rezeki,a aminnn.. insyaallah.. ”

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat isteri Black. Semoga dimurahkan rezeki, diberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga selamat dan dipermudahkan urusan untuk bersalin adik Dayyan nanti. Aminnn..

Sumber : IG Black Hanifah by Berita Kopak