Wanita Ini Pecah Semula Rumah Hasil Duitnya Yang Dibina Di Tanah Mertua Kerana Suaminya Simpan Perempuan Lain…

Wanita Ini Pecah Semula Rumah Hasil Duitnya Yang Dibina Di Tanah Mertua Kerana Suaminya Simpan Perempuan Lain…

SEORANG wanita yang bekerja di Taiwan nekad memecah semula rumah hasil susah payah dia bekerja selama selama ini. Dia telah mengupah beberapa pekerja supaya memecah dan mencabut semula pintu serta tingkap yang telah dipasang.

Wanita yang mempunyai dua orang anak ini membuat keputusan membongkar semula rumah tersebut kerana suaminya telah berlaku curang dengannya semasa dia bersusah payah mencari rezeki di Taiwan selain ada perselisihan dengan iparnya.

Selain alasan itu, wanita yang bernama Melati itu membuat keputusan memecah kembali rumah tersebut kerana geram dengan hasil rumah tersebut yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan jumlah yang diberikan kepada suaminya.

“Beginilah nasibnya kalau membuat rumah di tanah mertua, untuk pekerja seperti saya cukuplah nasib ini menimpa saya sahaja. Hati saya sudah puas sekarang kerana rumah yang dibina hasil jerih perih mencari rezeki dinegara orang beberapa tahun tetapi hasilnya tidak seberapa. Saya sudah merasa ditipu tetapi saya tetap bersabar”.

Menurut Melati, dia lebih memilih untuk memecah rumahnya kerana tanah tersebut masih milik mertuanya sedangkan iparnya tidak menerima dia membina rumah di situ. Iparnya juga tidak mahu menjual tanah tersebut dan tidak mahu membeli rumah yang telah dibina disitu.

“Saya membuat rumah di tanah mertua yang sekarang menjadi milik kakak ipar saya, saya mahu membeli tanahnya tetapi dia tidak mahu menjualnya. Kemudian saya menyuruh membayar harga rumah tersebut tetapi dia mengatakan tidak ada duit, ditambah lagi dengan suami yang ada perempuan lain, jadi saya pecah dan cabut semua segala yang ada di rumah itu.”

Daripada sakit hati, Melati lebih memilih membongkar rumah tersebut dan membuat rumah di tanah sendiri.

Tonton Video Rumah Melati Yang di Bongkar Di Bawah

Apa Pendapat Anda? Anda sokong tindakan wanita ini?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Sumber : Facebook Melati Sukma Formosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *