Alahai Aaisyah Dhia Rana, Sopan Sangat Salam Dan Cium Nenek. Sweet Sangat !!

Alahai Aaisyah Dhia Rana, Sopan Sangat Salam Dan Cium Nenek. Sweet Sangat !!

Si cilik Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin ini selalu menjadi perhatian ramai. Aaisyah yang berusia hampir 4 tahun ini mempunyai ramai peminat yang mengikutinya di instagram. Sehingga kini Aaisyah mempunyai 1.4 juta pengikut.

Aaisyah juga tercalon dalam Anugerah Bintang Popular, Berita Harian bagi kategori Instafamous Cilik Popular. Jom kita pakat ramai-ramai undi bagi Aaisyah menang. Bagi yang nak mengundi Aaisyah boleh ke www.abpbh.com.my.

Yang terbaru. akaun instagram Aaisyah Dhia Rana berkongsi satu video Aaisyah berjumpa dengan neneknya. Dalam video itu nenek Aaisyah sedang baring. Aaisyah datang dan terus salam serta mencium pipi neneknya itu.

Sikap dan gaya Aaisyah yang sopan itu mendapat pujian ramai peminatnya di instagram. Rata-rata menyifatkan Aaisyah seorang budak yang baik, bijak, cantik dan sopan santun.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Lama tak jumpa nenek.. rindu nenek.. “

 

View this post on Instagram

 

Lama tak jumpa nenek.. rindu nenek😘 . #aaisyahdhiarana #sept2018 #nenek

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Bila Aaisyah senyum pun comel. Tak puas nak tengok muka Aaisyah yang ‘sweet’ tu. Siapa-siapa pun boleh cair.

 

View this post on Instagram

 

Dah tidoq ka semua?

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Rata-rata netizen memuji Aaisyah seorang budak yang sopan dengan orang tua. Antara komen-komen netizen :

” Air muka Aaishah sangat natural dan ikhlas.. sayang nenek.. “

” Tak sabaq nk tgk Anak dara ni besaq @aaisyahdhiarana111. mesty shantek mcm mummy Dia @rozitachewan1 .. “

” Bagus la aisyah ni sayang dgn cium nenek…. budak zaman sekarang … example anak buah saya nak cium tangan pun susah apalagi cium pipi org tua… lagi2 nenek diorg.. “

” Comel sopan ecah ni.. “

” Cantik sgt aisyah.. “

” Good girl aisyah saygg nenek.. “

Alahai Aaisyah tak pernah tak comel. Gaya pun sopan aja. Harap berkekalan sehingga dewasa nanti. Semoga Aaisyah membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *