” Syurga buat Mu sahabat dunia akhirat. Tunggu ana nanti Miril.. ” – Nurkilan PU Amin atas pemergian Imam Muda Miril buat ramai yang SEBAK. AL-Fatihah..

” Syurga buat Mu sahabat dunia akhirat. Tunggu ana nanti Miril.. ” – Nurkilan PU Amin atas pemergian Imam Muda Miril buat ramai yang SEBAK. AL-Fatihah..

Menerusi perkongsian di Facebook, PU Amin memaklumkan beliau mendapat berita tentang pemergian Imam Muda Miril ketika dalam perjalanan dakwah ke Sabah.

Miril atau nama sebenarnya Amiril Md Banin merupakan peserta program Imam Muda musim pertama.

Imam Muda Miril disahkan meninggal dunia akibat pendarahan otak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, 5.30 petang Rabu (semalam).

Miril yang juga penceramah bebas meninggal dunia pada usia 33 tahun, meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki berusia lima dan dua tahun.

Jenazah tiba dari Kuantan kira-kira jam 11.40 malam semalam di kediaman bapanya di Taman Seri Raya, Ampang.

Bacaan tahlil telah diadakan selepas solat Subuh di rumah bapa Allahyarham dan diletakkan di Surau Taman Seri Raya untuk penghormatan terakhir jiran, saudara mara dan rakan sebelum dimandi dan dikafankan.

Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai pada 11.30 pagi.

Baca perkongsian PU Amin di bawah :

Dalam perjalanan dakwah saya ke Sabah , bergetar dan gugur jantung ini mendengar khabar duka perginya IMAM MUDA MIRIL .

Ketika ini mulut tak berhenti berdoa agar Allah berikan kesembuhan namun perancangan Allah itu lebih hebat. Moga Allah swt memberi kebaikan pada mu sahabat..

Kelmarin selepas tamat forum di kuantan beliau rebah, dan disyaki mengalami pendarahan dalam kepala. Beliau dibedah dan terus bertarung nyawa sehingga dicabut roh insan hafiz quran ini ke Syurga..

Imam Muda Miril insan soleh. Saya bersaksi akan kebaikan dan kealiman beliau.  Seorang yang cukup banyak mengarang buku dan hasilkan CD bacaan ayat al quran untuk dijadikan saham akhirat nya..

Hati akan meruntun lembut ketika mendengar bacaan Al Quran oleh Imam Muda Miril, lunak dan syahdu , membuatkan jatuh cinta pada Agama.

Tahniah @astro_oasis106 kerana melahirkan bakat hebat dalam dunia Al Quran dan dakwah iaitu Imam Muda Miril..

Syeikh enta dah pergi , enta tamatkan hayat enta selepas majlis ilmu , ana cemburu dengan enta syeikh , dulu ana kata ana jeles suara enta lagi sedap , sekarang ana jeles lagi enta pergi dalam husnul khatimah.

Kami akan sambung dakwah enta syeikh, Allah pelihara lah roh imam muda miril, beliau hamba pada Al Quran hamba Allah yang soleh..

Syurga buat Mu sahabat dunia akhirat. Tunggu ana nanti miril..

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InshaAllah. Amin..

Sumber: PU Amin / Gempak.Com by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *