Kerana salah Order, Pelanggan Wanita Ini Baling Kepala Pekerja Restoren Dengan Mangkuk Kaca Sehingga Dikejarkan Ke Hospital…

Kerana salah Order, Pelanggan Wanita Ini Baling Kepala Pekerja Restoren Dengan Mangkuk Kaca Sehingga Dikejarkan Ke Hospital…

ISTILAH  “The customer is always right.” adalah ungkapan biasa yang kita selalu dengar. Dan selalunya kita juga selalu menggunakan istilah tersebut jika kita menjadi pelanggan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan.

Ungkapan ini biasanya membuatkan kadang-kadang kita lupa batasan sebagai pelanggan dalam apa jua urusan kerana kita mengganggap kita sebagai pelanggan adalah raja.

Begitulah yang terjadi dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Eris Riswandi tentang nasib seorang pekerja sebuah restoren yang menjadi mangsa amarah pelanggan yang datang. Pekerja tersebut yang bekerja di restoren di jalan Semarang, Indonesia itu mengalami cedera parah di bahagian kepala lalu dikejarkan ke hospital.

Seorang pelanggan wanita yang menerima pesanannya tidak seperti yang dipesannya dari pekerja itu telah melemparkan sebuah mangkuk kaca dan mengenai kepala pekerja tersebut. Dia yang mengalami cedera parah terus dibantu orang ramai yang membawanya ke hospital.

Orang ramai yang naik berang dengan wanita itu terus mengerumuninya dan memintanya bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Video tersebut menjadi viral kerana mendapat reaksi dari netizen yang rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut yang tidak mempunyai belas ihsan.

Wanita yang dikatakan membaling mangkuk kepada pekerja restoran

Terdengar dia mengatakan yang dia akan bertanggungjawab atas kejadian itu

Orang ramai yang berang dengan tindakan wanita itu mengerumuninya dan mengecamnya

Orang ramai mengumpulkan sisa mangkuk kaca yang pecah untuk dijadikan bahan bukti

Pekerja restoran yang cedera parah di bahagian kepala ini di bantu oleh orang ramai yang membawanya ke hospital

Kelihatan kepalanya berdarah dan dia berada dalam keadaan sangat lemah dan separuh sedar

Semoga kisah ini menjadi teladan untuk kita supaya saling menghormati antara sesama manusia. Janganlah disebabkan kita menjadi pelanggan kita boleh melakukan apa sahaja tanpa ada sifat belas kasihan dan bertimbang rasa.

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Facebook Eris Riswandi / Di Sediakan Oleh Beritakopak.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *