Kerana Merindukan Abangnya Yang Telah Tiada, Kucing Ini Menggali Tanah Tempat Abangnya Di Tanam…

Kerana Merindukan Abangnya Yang Telah Tiada, Kucing Ini Menggali Tanah Tempat Abangnya Di Tanam…

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan kisah kejam bagaimana manusia sanggup meletakkan seekor ibu kucing yang bunting ke dalam mesin pengering dobi. Di mana letaknya sifat perikemanusiaan makhluk yang bernama manusia?

Kucing sebenarnya adalah binatang yang bersifat penyayang, dan banyak kisah yang kita baca bagaimana kucing yang merindukan tuannya sanggup menjadi penunggu di pusara tuannya yang telah tiada.

Kali ini kami kongsikan kisah seekor kucing yang merindui abangnya. Kisah yang di ceritakan oleh seorang penggguna Facebook bernama Ian Sanzo ini memperlihatkan bagaimana kasih sayang seekor kucing kepada abangnya yang telah tiada.

Menurut tuannya, di tempat kucing itu berguling dan menggali adalah tempat bersemadinya abangnya. Dia menemani sambil melihat tuannya ‘mengebumikan’ abangnya di situ. Selesai tuannya menguburkan abangnya, tuannya membawanya kucing tersebut masuk ke dalam rumah.

Tetapi belum sempat kucing tersebut masuk ke dalam rumah, baru sahaja sampai di pintu kucing tersebut terus berlari dan menggali kubur abangnya sambil menggulingkan badan.

Dia mungkin tidak mahu berpisah dengan abangnya…

Dia menguis-nguis tanah dan menggulingkan badannya di atas tanah di mana abangnya dikuburkan di situ

Begitulah kasih sayang seekor kucing kepada saudaranya. Tidak sanggup berpisah dan merindui abangnya yang telah pergi dahulu. Sifat dan perasaan yang sama dengan manusia. Video yang mengharukan itu benar-benar menunjukkan kepada kita bahawa makhluk yang bernama binatang itu sebenarnya mempunyai sifat kasih dan sayang seperti kita. Lebih-lebih lagi haiwan yang bernama kucing.

Tonton VIDEO Penuh Kucing Yang Merindukan Abangnya Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber : Ian Sanzo / Disediakan Oleh Beritakopak.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *