Jalan Bayburt D915, Jalan Yang Paling Berbahaya Di Dunia. Tengok pun Dah Ngeri, Belum Lalu Lagi…

Jalan Bayburt D915, Jalan Yang Paling Berbahaya Di Dunia. Tengok pun Dah Ngeri, Belum Lalu Lagi…

Jalan digunakan sebagai prasarana pengangkutan darat. Pastinya anda sudah tahu bagaimana fungsi dari sebuah jalan tersebut. Tetapi di dunia ini ada beberapa jalan yang sangat berbahaya untuk di lalui. Terdapat banyak laluan berbahaya di dunia yang diklasifikasi sebagai jalan maut tetapi ada satu menduduki tangga teratas dalam senarai itu.

Jalan Bayburt D915 yang terletak di wilayah Trabzon di Turki diiktiraf sebagai jalan paling berbahaya di dunia oleh laman web, www.dangerousroads.org.

Laman web yang mencari dan menyenaraikan laluan paling bahaya di dunia itu telah memilih Jalan Bayburt D915 sepanjang 106 kilometer itusebagai jalan paling merbahaya dan mengerikan.

Apa yang menjadikan Jalan Bayburt lebih berbahaya adalah, terdapat 29 selekoh tajam yang merentasi sepanjang laluan itu.

Laluan yang bermula di kaki Gunung Soganli setinggi 1,800 meter itu dikatakan sebagai jalan yang paling sukar iaitu penggunanya terpaksa bergelut untuk melepasi beberapa selekoh tajam yang amat susah dilalui.

Jalan ini bukan untuk orang yang mengalami gayat atau takut kepada tanah runtuh melaluinya. Hanya mereka yang berani, ‘gila’ atau dibayar sahaja mahu melalui jalan ini.

Tonton VIDEO Penuh Antara Jalan Paling Berbahaya Di bawah

Apa Pendapat anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan berita Menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *