Wanita Dan Anak Kecilnya Ini Berjalan Kaki Sejauh 18 Kilometer Kerana Di Usir Suaminya…

Wanita Dan Anak Kecilnya Ini Berjalan Kaki Sejauh 18 Kilometer Kerana Di Usir Suaminya…

Video seorang wanita yang berjalan kaki sambil mendukung bayi kerana diusir oleh suaminya mendapat perhatian dari netizen yang menonton video tersebut yang tular di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan suami wanita tersebut yang tiada perasaan belas kasihan kepada anaknya yang masih kecil.

Di dalam video itu kelihatan ibu tersebut mendukung anaknya yang kecil dengan reaksi muka yang bersedih sambil dipujuk oleh seorang anggota polis. Kelihatan juga anggota polis tersebut memberinya duit sebagai belanja. “Guna sahaja wang ini ibu ya, Tiada apa-apa, nanti saya akan menahan bas untuk ibu”. kata anggota polis di dalam video tersebut.

Ibu itu kelihatan was-was untuk menerima wang dari polis tersebut. Kelihatan juga seorang wanita yang memakai tudung merah datang membantu dan memujuk

Kejadian yang berlaku di Bali, Indonesia itu disedari oleh anggota polis yang melalui jalan tersebut yang melihat seorang wanita yang mendukung seorang bayi yang menangis. Keika di tanya oleh anggota polis wanita itu mengaku dia baru diusir oleh suaminya. Menurut wanita itu lagi, dia ditolak dan diusir oleh suaminya dan disuruh pulang ke Banyuwangi.  Sambil mendukung anaknya wanita itu sudah berjalan kaki 18 kilo kilometer dari Denpasar Mahendradata.

Ibu dan anak ini berjalan sejauh 18 kilometer kerana diusir suaminya

Anggota polis yang baik hati itu juga telah menahan sebuah bas untuk wanita tersebut selain diberi sedikit wang belanja yang mampu di berikan

Apapun diharapkan semoga wanita tersebut tabah menghadapi dugaan ini. Diharapkan suami wanita tersebut mendapat pengadilan dan akan lebih bertanggungjawab serta tidak lagi menganiayai isterinya sehingga dibiarkan berjalan kaki sejauh itu.

Ramai netizen yang memuji tindakan anggota polis tersebut yang prihatin dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan tidak kurang yang mengecam suami wanita tersebut yang sanggup menghalau isteri dan anaknya yang masih kecil.

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber Video Dan Cerita : Youtube Update News