Parodi MeleTOP Lagu Bobo Di Mana Oleh Jihan Muse, Shuk And ‘The Gang’ Buat Ramai Tak Kering Gusi. Part Lelaki Nyanyi Tu Sebijik Macam Suara Sajat !!

Parodi MeleTOP Lagu Bobo Di Mana Oleh Jihan Muse, Shuk And ‘The Gang’ Buat Ramai Tak Kering Gusi. Part Lelaki Nyanyi Tu Sebijik Macam Suara Sajat. Serius Kelakar !!

Siapa tengok MeleTOP malam tadi lagu Bobo Di Mana nyanyian asal usahawan kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia. Lagu ini diparodikan oleh Jihan Muse, Shuk and ‘the gang’.

Bermula dengan sketsa oleh Jihan yang mencari ‘suami’nya Bobo pada hari ulangtahun perkahwinan mereka. Jihan tersedar Bobo tiada lalu Jihan mencari-cari kelibat Bobo. Kemudian sketsa ini disambung dengan nyanyian dan tarian lagu Bobo Di Mana.

Lakonan bersahaja dan kelakar daripada Jihan Muse dan Shuk membuatkan video ini sangat ‘win’. Apa yang lebih menariknya, ‘part’ apabila seorang lelaki yang berbaju hitam menyanyi, suaranya mirip suara Nur Sajat.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan parodi ini. Tarian yang lebih sopan membuatkan netizen menyukainya. ‘Thumbs up’ untuk Jihan Muse, Shuk dan semua warga kerja parodi MeleTOP. Video-video parodi MeleTOP tak pernah tak kelakar.

Jom tonton video di bawah :

” Best tak tarian mcm ni?? Siapa tngok semalam di meletop.. Tang kawan korang yg suka lagu bobo.. “

” Terima kasih team @meletop @jihanmuse @shuk_hotfm @farhan_hasnan dan smua yg terlibat utk perody #bobodimana by @lucintaluna @nursajat02 @aliffsyukriterlajaklaris.. “

Video instagram di atas hanya berdurasi 1 minit sahaja. Sila tonton video penuh di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi parodi Bobo Di Mana. Antara komen-komen netizen :

noraishah_abuhamid : lagu ni best .. cuma vdeo klip tu mcm lucah sbb menayanggg yg tak sepatutnya … husbnd sy pn dh pndai nyanyi lagu ni .. hebat tul penangan #bobodimana

azie63 : Waahhhhhhh….suka2..best mcm niii Hahahaha…suka tgk syuk & jihan

jaa_ishak : “Ditelefon ngan di angkat-angkat”. Tang belakang sebijik tiru sajat.

anie_beauty_shoppe : Yg ni lagi best dari yg ada Sajat dan Lucinta tu…tgk byk kali pun tak jemu…

miszfatiha : Good job @jihanmuse kurangkaan tekanan nengok lucintalunaa dan sajat.. mcm ni best enjoy sukaaaa dgr !!!!

salmiah.sally.3910 : Lagu ni x perlu nk menari pakai seksi2 tgk dia orng ni pun lagi bagus

ajrancinta : Assalamualaikum @aliffsykriterlajaklaris…. actually lagu bobo ni best… senikatanya ringan, senang faham. cuma part videonya yg x berapa cantik.. lagi lagi kalau anak anak yg lihat.. may be next time dato boleh lebih alert ye.. selamat berkarya ya dato

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri / MeleTOP by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *