Kepada Pengguna Dobi Layan Diri, Sila Ambil Perhatian Supaya Kejadian Ini Tidak Berlaku Kepada Anda !!

Kepada Pengguna Dobi Layan Diri, Sila Ambil Perhatian Supaya Kejadian Ini Tidak Berlaku Kepada Anda !!

Menerusi akaun instagram, pelakon terkenal Diana Danielle memuatnaik video satu kejadian rompakan yang berlaku di salah sebuah dobi layan diri. Diana meluahkan rasa geram dengan tindakan 2 orang perompak itu.

Dalam video ini, seorang perompak membawa parang dan menghampiri seorang wanita yang kelihatan berseorangan di dobi layan diri itu. Perompak itu menghayunkan parang dan mengacah untuk mencederakan wanita itu.

Tiba-tiba seorang lagi kawan perompak masuk dan turut sama merampas barangan wanita itu. Wanita itu yang pada mulanya kelihatan untuk melawan tetapi akhirnya terpaksa akur dengan menyerahkan barangan miliknya kepada perompak yang bersenjatakan parang itu.

Barang kemas wanita itu turus dirampas. Rata-rata netizen mengecam tindakan 2 perompak yang cuba menetak wanita itu.

Baca posting Diana Danielle dan tonton video penuh di bawah :

” KURANG AJAR siap main acah acah nak tetak kakak tu yg dah tak tau nak lari mana. Malas & sel otak tak mampu berhubung sampai susah nak kerja cari duit halal tapi rajin pulak samun orang.. “

” Semoga ditangkap dan diberi peluang utk betulkan diri sebelum kau ditetak oleh org lain pulak dek perangai samseng cap ayam.. “

Rata-rata netizen marah dengan tindakan 2 perompak ini. Antara komen-komen netizen :

nuramirah_abdulrahman : Kurang ajar btul muda2 dh pndai tetak org..hrp org tetap korang berdua plk budak xde otak…gram je tgok..

iskandarali96 : Kerja malas!!!! Nk mncuri jak, kalau kna ngan mak kau sendiri.. Baru kau tau rasa nya.. Bodoh..

pu3smnn_ : Perangai binatang yg camni cuba mak ayah nya org buat camtu apa rasa… Takpe , bukan sentiasa dia hidup mcmtu lambat atau cepat je

ni_syukla : Dgn perempuan dan bersenjata kan parang memang lah berani mari sini kosong2 confirm mati

redzaashah : ee geram nye tenggok video nie…kalau akak tu pandai tanggan,lunyai budak tu

shazh_ : dpt kat aku org2 mcm ni aku bawak balik dulu…. cabut kuku2 dia 1 persatu… pastu esok nye bagi makan makanan basi. minom air sikit. pastu sambung balik potong satu persatu jari dia. dari kaki smpai tangan. then bagi mkn lagi…. lepas siap abes jee mkn semua bagi rehat ikat lagi…. sampai hari ketiga aku potong 1 persatu tangan dengan kaki dia… cucur ngn minyak panas bagi pendarahan takda… baru aku bagi lepas tuu pon letak tepi jalan….. sampai mcm ni tahap aku geram skrg

Kepada yang nak membasuh baju di dobi layan diri, harap boleh pergi waktu orang masih ramai. Jangan pergi malam-malam, lebih-lebih lagi anda seorang wanita.

Jangan bagi peluang penyamun seperti ini menyamun kita. Semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegini.

Kepada perompak, cuba bayangkan jika ahli keluarga anda seperti ibu, adik atau kakak yang diperlakukan seperti itu, apa yang anda rasa ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..
Tag kawan anda yang selalu basuh baju di dobi layan diri.

Sumber : IG Diana Danielle by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *