” Ingatkan Bell Ngasri Je Penakut, Rupanya Mark Adam Lagi Penakut. ” – Aksi Bell Ngasri Dan Mark Adam Turun Tiang Buat Ramai Yang Terhibur

” Ingatkan Bell Ngasri Je Penakut, Rupanya Mark Adam Lagi Penakut.  ” – Aksi Bell Ngasri Dan Mark Adam Turun Tiang Buat Ramai Yang Terhibur

Menerusi akaun instagram, Bell Ngasri memuatnaik video sedang berlatih untuk menuruni tiang dengan pihak Bomba. Walaupun telah mendapat ‘guide’ daripada pihak Bomba, tapi Bell masih ragu-ragu untuk menuruni tiang itu.

Untuk pengetahuan, Bell adalah salah satu pelakon yang terlibat dalam filem Hero The Movie bersama-sama Hisyam Hamid, Mark Adam, Tauke Jambu dan ramai lagi. Mereka bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia demi menghasilkan filem ini.

Aksi dan gelagat Bell yang takut ketika menuruni tiang itu membuatkan ramai yang gelak besar.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Ramai yg gelakkn saya, cakap sy mcm2. penakutla, tahan tiang pakai muka & sebagainya. . “

” Sebenarnya sy nk bgtau, sy x takut. cuma sy turun rail mmg slow. cuba try suh sy naik rail tu. mesti laju je.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Bell. Antara komen-komen netizen :

nulayuni999 : Bell mmg takut ke..? Bukan buat lawak? Klu betul2 takut itu la yg bertambah lawak..

ustazwalid : Ape he terok bebeno tu @bellngasri, jom kita g main papan gelonsor je.

dilla_belleboo : bell ni hr tu masuk game pegang binatang pun takut gak…mcm2 ko takut bell…hahahaha

haryana_dean : Kalau cam nie laaa rumah pun hanguss dah terbakor @bellngasri tggu ko turun….hahahahaha…sabo je laa..

aieyrahh_125 : Abam bomba tu relax je hahaaa.. Lawak laa bellngasri gelak tgk nyee hahaha. Slow jew turun hehe

low_jan28 : Hahaha bukannya tinggi ..tak sampai 1minit hHHHhah pecah perut aku gelak ..walaubagaimana pun sampai gak kat bawak

littercat_94 : Macam nie nak masuk bomba? Silap2 rumah hangus terbakar tggu awk turun tiang. Hahahaha sumpah kelakar

Apa-apa pun harus diberi pujian pada Bell. Walaupun takut, tapi tetap teruskan juga. Usaha itu penting. Tapi bila dah selalu buat lawak, buat macam ini pun orang ingat buat lawak.

Mark Adam juga turut berada di lokasi yang sama. Mark juga turut memuatnaik video Bell di akaun instagramnya. Jom tonton video di bawah :

” Kenapa @bellngasri brake tahan pakai muka ??? saya tengah tengok nak belajar ni.. “

 

View this post on Instagram

 

Kenapa @bellngasri brake tahan pakai muka??? saya tenga tengok nak belajar ni 🤔 @herothemovie @nsstar.studio

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Mark Adam juga turut sama untuk mencuba aksi menuruni tiang itu. Tonton video di bawah. Part last tu memang kelakar.

” Wira2 negara, bukan senang, mintak maaf sabar ya tuan2.. “

 

View this post on Instagram

 

Wira2 negara, bukan senang, mintak maaf sabar ya tuan2 🙏🙏🙏 @herothemovie @nsstar.studio

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Mark Adam. Antara komen-komen netizen :

ezlinsonata7 : Loo mark x gerak langsung.. at least bell tu turun gak….

nooraini.amir : Lahai.tgk vid bell dlu…rupenye mark pon same..hahha

amiranatashaa29 : Belum tengok smpai habis pun dah gelak. Hahaha

norashiha2 : Ingt kn abg bell je yg takut..Rupenye da yg lg takut,hehe

wangi_hussin : takut tahap gaban….xleh jadi abg bomba..

fareenhanis : Yg ni lgi haru.. kurang2 bell td turun jgk. Haha

arikanovela : Ingattkan bell lawak rupanya awak lagi lawak hahahahahaah

Admin pun sakit perut gelak tengok aksi Bell Ngasri dan Mark Adam ni. Ingatkan video Bell je yang kelakar, video Mark Adam pun lagi lucu. Apa-apa pun ‘thumbs up’ kepada abang-abang bomba dan semua wira-wira negara.

Sumber : IG Bell Ngasri / Mark Adam by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *