” Suami saya tak marah pun saya nak nyanyi. Kenapa awak sibuk jadi doktor, bidan atau tuhan ? ” – Betty Rahmad

” Suami saya tak marah pun saya nak nyanyi. Kenapa awak sibuk jadi doktor, bidan atau tuhan ? ” – Betty Rahmad

Sekiranya anda mengikuti akaun instagram Betty Rahmad, mesti anda selalu mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Betty. Video nyanyian Betty yang bersuara lunak dan ‘husky’ itu biasanya mendapat banyak tontonan dan perhatian daripada peminat.

Yang terbaru, menerusi akaun instagram juga, Betty yang kini sedang hamil memuatnaik satu video sedang menyanyikan lagu yang bertajuk Semakin, nyanyian asal Siti Sarah Raissuddin. Suara Betty memang ‘best’ dan ‘power’. Admin bagi ‘thumbs up’ dan ‘mini love’ macam Faizal Tahir ketika di Big Stage.

Namun ada seorang netizen memberi komen tidak elok tarik suara masa menyanyi ketika sedang mengandung dan beliau juga menceritakan pengalaman kawannya yang keguguran. Komen netizen ini mendapat perhatian Betty dan beberapa netizen lain.

Jom tonton video penuh nyanyian Betty dan baca posting di bawah :

” Semakin.. @sitisarahraissuddin. Nak lagi tak ? “

 

View this post on Instagram

 

Semakin 🎤 #bettysingsangsong #semakincover #janganlamarahmummynyanyi @sitisarahraissuddin . Nak lagi tak? 🤭

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

” Hi suamiku! Suami saya tak marah pun saya nak nyanyi. Kenapa awak sibuk jadi doktor, bidan atau tuhan ? “

” Kalau awak takde benda baik / positif nak comment, saya sarankan tak payah comment. Awak simpan je petua / pantang larang nenek moyang / kisah sedih buat pedoman diri & keluarga sendiri bila mengandung nanti.. “

” Saya tak dengar cakap orang sebab saya selalu fikir yang best-best dan positif & paling penting saya percaya semua milik Dia. Sekian terima kasih! “

” Yang benar, tiada yang benar selain yang benar benar belaka #bettyanddamis.. “

Antara komen-komen netizen :

misz_damya : Heran btul mak cik bwg ni petua dia kemain smuanya xblh dr ngndung mmbawa ke pantang… kalo nk dgr ckp org ni kita pakai xbgrak la itu ini xblh…. pdhl ibu preggy ni kn happy & surrounding with positive vibes… mat salleh sgt2 mjaga emosi org especially ibu preggy n pntg… sgt2 hppy ms preggy dlu

mizzida.hafiza : laa awak.pk je lah… mereka2 yg menegur tu sbb mereka. sygkan awak.. mgkin mereka menegur sbb pernah terjadi.. so, awak pk positif je lah… kena jugak jaga2.. w/pun awak x percaya perkara tu.. mgkin sebb ni kan first baby awak… so, mereka2 risaukan awak.. jgn lah awak marah org yg menegur awak tu..

azian_gomballack : Ala @ctdk pun nyanyi apa masa dia mngandung 8 bulan haritu.. ok je.. xde plak org kata dia mcm2.. pedulikan kata2 mereka betty.. dorg jeles kot sbb u nyanyi sedap!

sitinoorbaya : Jaga kandyngan nya baik2 semoga Allah melindungi semuanya. Be positive pedulikan apa orang nk cakap

faralouise : Banyak betul mitos. Plis jangan terikut mitos pelik pantang pula. Kekal active cergas dan positive helps a lot!

azlieradauz : Sape cakap pregnant tak boleh nyanyi tu… Hahah nenek monyang dia datang Dari mana… Adoi.. Rakyat kita ni dah taktau nak buat apa dah. Buat benda kita happy.. Buat benda yg tak menyusahkan orang.. Pun kena komen. Betty enjoy ur pregnancy. asalkan u enjoy and happy.. Positive aura more important.

Admin bersetuju dengan pendapat orang menegur dan memberi nasihat kerana sayangkan kita. Lebih-lebih lagi cara orang yang beri nasihat itu sangat berhikmah. Apa yang baik ambil sebagai pengajaran. Yang tidak baik, minta dijauhkan.

Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Betty selamat bersalin nanti dan semua urusan dipermudahkan.

Sumber : IG Betty Rahmad by Berita Kopak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *