KAU PERGI JUA AKHIRNYA – Begitulah Kesetiaan Seorang Wanita, Sanggup Menemani Pasangannya Sampai Akhir Hayat…

KAU PERGI JUA AKHIRNYA – Begitulah Kesetiaan Seorang Wanita, Sanggup Menemani Pasangannya Sampai Akhir Hayat…

Beberapa waktu dulu, pasangan ini pernah menjadi tular di media sosial kerana kesetiaan yang ditunjukkan oleh kekasihnya walaupun pasangannya menghidapi penyakit kanser mata yang merubah wajahnya.

Sila LIKE Facebook Berita Kopak Untuk Cerita Dan Berita Yang Penuh Inspirasi!

Cinta sejati adalah cinta yang saling mencintai dalam apa jua keadaan dan mencintai seadanya. Tidak kira bagaimana keadaan atau pasangan, tetap setia dan sedia menemani bersama suka dan duka, susah atau senang dan sakit atau sihat.

Pooh Chokchai Kaew pemuda yang berasal dari Thailand menderita kanser mata sehingga merebak ke seluruh wajahnya.

Pooh adalah seorang lelaki yang bertuah kerana kekasihnya tetap setia berada di sisinya, ketika sahabat dan saudaranya pergi, kekasihnya selalu berada di sisinya menemaninya dan menceriakan hari-hari terakhirnya.

Ibubapa Pooh sudah berusaha merawat dan mengubati kanser Pooh, tetapi semakin hari ianya semakin menyukarkan kerana kos perubatan yang sangat tinggi dan penyakit Pooh yang semakin parah.

Pooh Chokchai Kaew, pemuda yang didiagnosis menghidap kanser mata yang jarang di temui di panggil Retinoblastoma.

Retinoblastoma adalah salah satu jenis kanser yang terjadi pada retina mata-bahagian mata yang dipenuhi syaraf penglihatan dan berfungsi menterjemahkan cahaya menjadi isyarat saraf supaya dapat difahami oleh otak.

Akibat kanser tersebut, Pooh hanya terbaring selama lebih kurang 2 tahun setengah.

Tetapi walaupun dia menahan rasa sakit bertahun-tahun sehingga tubuhnya kurus kering dan lemah tidak bertenaga, tetapi buah hatinya-Atittaya Chumkeaw, tetap setia menemani dan bersama Pooh pada akhir-akhir hidupnya.

Atittaya selalu menemani dan bersama Pooh dan tidak mengeluh sedikit pun , tetap setia menggenggam tangan Pooh.

Sehinggalah Pooh menghembuskan nafasnya yang terakhir, Atittaya tetap setia berada di sampingnya. “Kekasihku tidak pernah pergi. Dia hanya berpindah ke tempat malaikat di langit,” tulis Atittaya.

Begitulah kesetiaan seorang wanita yang tetap setia menemani pasangannya sehingga ke akhir hayat. Semoga kisah ini menjadi tauladan bagaimana kisah cinta sejati tetap akan dikenang oleh sesiapa pun dan ianya akan menjadi inspirasi bagi setiap orang yang membacanya.

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber : Facebook D Yan / Disediakan Oleh Beritakopak.org