Inikah Buaya Yang Terbesar Di Dunia? Dah Macam tengok Filem Jurassic Park Dia Punya Besar…

Inikah Buaya Yang Terbesar Di Dunia? Dah Macam tengok Filem Jurassic Park Dia Punya Besar…

BILA disebut buaya pastinya ramai orang akan tahu bagaimana ganasnya sifat buaya. Buaya adalah antara binatang tertua yang masih kekal sehingga hari ini. Buaya sejenis binatang reptilia yang paling besar di dunia yang memiliki habitat di kawasan sungai ataupun paya. Binatang ini biasanya hidup di air tawar, walaupun begitu ada juga yang hidup di lautan.

Buaya juga memiliki pelbagai jenis dan memiliki jenis serta ukuran yang berbeza-beza, bergantung kepada tempat ianya tinggal. Buaya adalah reptilia berdarah sejuk yang sedia menerkam apa sahaja yang ada di hadapannya. Bagi anda yang belum lagi melihat buaya yang memiliki saiz yang besar, anda boleh melihat video yang kami sediakan di bawah.

Video yang dirakamkan oleh seorang pengunjung di sebuah Zoo di luar negeri menunjukkan saiz yang begitu besar. Kemungkinan saiznya mencapai 12 meter panjang dan 2 meter lebar. jika dilihat ianya seperti watak dinasour di dalam filem Jurassic Park.

Penjaga Zoo ini mengumpan buaya tersebut untuk keluar dengan memberikan seekor ayam

Dia mengayun-ayunkan ayam tersebut di permukaan kolam untuk menarik perhatian buaya tersebut

Buaya yang menghidu buaya ayam memunculkan dirinya, lihat saiznya yang besar walaupun sebahagian lagi tubuhnya berda di dalam air

Lihatlah saiz buaya ini, seperti watak dinasour di dalam Filem Jurassic Park yang pernah kita tonton

Aksi di atas dilakukan oleh seorang pakar yang memang terlatih untuk menjaga buaya. Bagi kita yang tiada latihan janganlah cuba-cuba untuk mendekatinya atau mempermainkannya. Percayalah, buaya binatang yang senantiasa mengambil peluang dan boleh bertindak ganas dalam sekelip mata sahaja!

Tonton VIDEO Penuh Buaya Bersaiz Besar di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Artikel disediakan Oleh Beritakopak.org