HATI-HATI! Elakkan Memakai Telekung Atau Jubah Sembahyang Jika Menunggang Motosikal, Lihat Apa Yang Terjadi Pada Wanita Ini…

HATI-HATI! Elakkan Memakai Telekung Atau Jubah Sembahyang Jika Menunggang Motosikal, Lihat Apa Yang Terjadi Pada Wanita Ini…

KITA biasa melihat wanita yang memakai telekung menunggang motosikal untuk ke surau atau tempat sembahyang. Ianya mungkin memudahkan dan menjimatkan masa supaya tidak lagi menukarnya apabila sampai ke surau atau masjid.

Silakan LIKE Facebook Berita Kopak Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Tetapi untuk pengetahuan, ianya sangat berbahaya jika kain telekung yang terlalu labuh tanpa disedari boleh masuk ke tempat roda motosikal. Untuk kelajuan sederhana sahaja ianya sudah berisiko apatah lagi jika sedang dalam kelajuan yang tinggi.

Sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook bernama Eris Riswandi menunjukkan seorang wanita yang kemalangan akibat kain telekung sembahyangnya terlekat di bahagian rantai motosikal yang dinaikinya.

Wanita yang mengenakan telekung atau jubah berwarna merah itu mengalami kecederaan yang boleh dikatakan agak teruk tapi bersyukur kerana tidak mengorbankan nyawanya.

Orang ramai kelihatan membantu wanita itu untuk melepaskan pakaian jubahnya yang terlekat di rantai motor

Dua orang lelaki mengambil masa dan sedikit bergelut untuk melepaskan kain yang terlekat di roda motosikal

Selepas kain jubahnya berjaya dilepaskan, wanita ini kelihatan berdarah di bahagian muka dan beberapa anggota badannya

Wanita ini duduk sambil ditenteramkan oleh orang ramai

Kepada wanita diluar sana, semoga kejadian yang menimpa wanita di atas menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati. Jangan hanya untuk menjimatkan masa kita mengambil risiko yang dapat membahayakan nyawa kita.

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Kredit Video Dan Gambar : Facebook Eris Riswandi

Disediakan Oleh Beritakopak.org