” Haaa kan.. tau kau lari.. Bobo sama siapa, mana ngapain.. mana ngapain.. ” – Bonda Rozita

” Haaa kan.. tau kau lari.. Bobo sama siapa, mana ngapain.. mana ngapain.. ” – Video Dato’ Aliff Syukri dan Bonda Rozita bergurau sampai terguling-guling buat netizen TERHIBUR

Muzik video Lagu Bobo Di Mana nyanyian usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri berkoloborasi dengan Nur Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia sehingga kini ditonton 3.6 juta kali. Muzik video ini mempunyai 29 ribu ‘like’ dan 243 ribu ‘dislike’.

Jumlah ‘dislike’ yang melebihi jumlah ‘like’ membuatkan Dato’ Aliff meluahkan rasa kecewanya di instagram.

” Lagu mcm mana yg korang rasa nak saya nyanyi cerita.. smua lagu korang dislike.. sedih saya.. “

 

View this post on Instagram

 

lagu mcm mana yg korang rasa nak saya yanyi cerita.. smua lagu korang dislike.. sedih saya..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Yang terbaru menerusi akaun instagram, Dato’ Aliff Syukri memuatnaik satu video bersama ibunya yang tersayang, Bonda Rozita. Dalam video ini, kelihatan Bonda Rozita sedang ‘basuh’ Dato’ Aliff tapi dengan cara gurauan.

Gelagat Bonda Rozita dan Dato’ Aliff yang saling bergurau antara satu sama lain membuatkan netizen terhibur menonton kemesraan dua anak beranak ini.

‘Part’ yang paling menarik, Bonda Rozita dan Dato’ Aliff berkejar-kejaran dan Bonda Rozita sampai terguling-guling di atas lantai kerana digeletek oleh Dato’ Aliff.

Menurut Dato’ Aliff, ibunya nampak seorang yang ceria tetapi hakikatnya Bonda Rozita seorang yang sangat tegas dan banyak menasihatinya. Ramai yang meluahkan rasa gembira dan bahagia menonton telatah gurau senda kekeluargaan seperti ini.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Habis kena carut dan ceramah dgn mak. nmpak happy je dlm vedio tpi hakikatyeee mak sy ni tegas sgt… byk dpt nasihat dr beliau.. “

 

View this post on Instagram

 

habis kena carut dan ceramah dgn mak😪 nmpak happy je dlm vedio tpi hakikatyeee mak sy ni tegas sgt…byk dpt nasihat dr beliau..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gurauan 2 anak beranak ini. Antara komen-komen netizen :

nor_aishanor : Mak memg mcm tu sayang ank….bertuah DATO ada mak yg sempurna

nurhasyimah_balqis : Hahaha. Paling suka seen ini. Syukur mak yang penyayang

bibiahkau : Hahhahahaha Adoi sakit perut aku gelak Sbb aku fhm tang kena gelitik ni.. klakar ya Allah. Dpt rasa cm kena gelitik skali.

zaslinzailani : Org ramai mmg sukakan video kekeluargaan cmni rasenya sbb ada sbahagian mereka kat luar tu, x dikurniakan keluarga mcm dato. Jadinya mereka tgk keluarga dato bahagia, mereka pon bahagia dan mgkin akan mmbaiki kehidupan keluarga mereka agar lebih bahagia. Tp law dato tnjuk kemewahan. Susah lak dorg nak mewah sama. Tu rmai x suka sgt kot. Pndapat lah

aimanezblast : Sumpah seronok sangat bila tgk anak dan mak bergurau gurau, semoga Ibu Datuk Alif sentiasa bersama di sisi datuk hingga ke jannah

qweenjezz : terkena juga dato. kan, ha bru tau rasa kena mak sndri buli. best nye mak dato tu.

zack_yasok : Suka sgt tengok video nih. Cara mak menegur anak dewasanya sungguh lembut dan kelako…

mr.steelassist : Dato’, dahla tu buat benda bukan2. Dato’ org baik dan hebat. Dengarla nasihat bonda dan datin. InsyaAllah Dato’ akan temukan sesuatu yg lg hebat. Ameen.

annuraihana : saya lebih suka nmpk dato masak2 d dapur dan video dato bergurau senda dgn kluarga dato. hpy sangat2. tak nakla video mcm bobo tu lgi ya dato. saya suka lagunya saja.

Semoga lebih banyak lagi video-video Dato’ Aliff bersama ibunya yang tersayang, Bonda Rozita dimuatnaik selepas ini .

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak