Gelagat Syeriv Samheizy Makan Lemon Buat Ramai Terhibur. Mimik Muka Tu Memang Tak Tahan. Serius Comel !!

Gelagat Syeriv Samheizy Makan Lemon Buat Ramai Terhibur. Mimik Muka Tu Memang Tak Tahan. Serius Comel !!

Anak kepada pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy tidak perlu diperkenalkan lagi. Muka dan gelagatnya yang comel sentiasa menarik perhatian netizen.

Malah Syeriv juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sehingga kini akaun instagramnya mempuya 840 ribu orang ‘followers’ yang dikendalikan oleh ibunya, Syatilla Melvin.

Kebanyakkan peminat tertunggu-tunggu update terbaru, sama ada gambar atau video-video Syeriv dimuatnaik di instagram. Telatahnya yang comel itu membuatkan ramai yang terpaut hati.

Yang terbaru, menerusi akaun instagram, Syatilla memuatnaik satu video Syeriv sedang makan lemon. Mimik muka Syeriv selepas merasa lemon itu buat ramai yang terhibur.

Tak kurang juga ada yang mengecam mengatakan pasangan ini membuli anak mereka. Apa-apa pun ini hanya gurauan semata-mata. Takkan anak beranak tak boleh bergurau kan ?

Tonton video penuh di bawah :

” Ni bapak punya idea.. “

 

View this post on Instagram

 

Ni bapak punya idea😂🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syerivsamheizy) on

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Syeriv. Antara komen-komen peminat :

azariyahhh.na : Lahaiii comey nyaa matyip

nurnamirashahri : Comelnya … cute lah Ibu gelak selalu menghiburkan bila Ibu gelak

norjanyunus : kdg kdg aku geram betul kat mak dia suka pekena anak dia

the_strongest_kmn17 : Mama & papa @syerivsamheizy ni pon boleh tahan kelakarnya

waaaapril_ : @asyrffffffffff lol tu bukan buli. Agak la kalau buli. Tkkan makpak tkleh brgurau dgn anak kot. Bkn diorg bg mkn pedas ke wasabi ke. Lemon je

datuk_bendahara : Nasib ko la matyip dpt bapak suka nyakat hahahaha

suriaismail5542 : Awat laa hangpa ni lawak laaa…tgk memek muka @syerivsamheizy ..masam yakmat…

Alahai Syeriv, tak pernah tak comel tau. Nasib ler kami Syeriv, dapat mak ayah kuat menyakat. Kami pun tumpang gelak sama.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan Syeriv membesar dengan sihat dan jadi insan yang berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Sumber : IG Syeriv Samheizy by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *