WOW! Kanak-Kanak Kecil Ini Jadikan Ular Sawa Bersaiz Gergasi Sebagai Mainannya…

WOW! Kanak-Kanak Kecil Ini Jadikan Ular Sawa Bersaiz Gergasi Sebagai Mainannya…

Ular sawa merupakan sejenis ular yang memiliki ukuran panjang dan boleh menelan apa sahaja. Kita mendengar banyak berita yang melaporkan manusia menjadi mangsa ular tersebut. Walaupun diketahui ular sawa adalah bukan dalam kategori ular berbisa, tetapi tabiat ular ini yang boleh memakan apa sahaja hatta bersaiz lebih besar darinya begitu menggerunkan.

Di media sosial, viral sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak yang asyik bermain dengan ular sawa yang bersaiz sangat besar. Video tersebut menerima pelbagai reaksi dan komentar dari orang ramai yang menontonnya.

Kelihatan di dalam video tersebut, kanak-kanak itu dengan bersahaja duduk diatas ular sawa itu dan menarik ular tersebut.

Video tersebut dipercayai dirakam di sebuah tempat di Indonesia

Di dalam video tersebut kelihatan kanak-kanak lelaki tersebut begitu asyik bermain dan menarik ular sawa itu, dia tidak takut unutk memeluk dan duduk di atas ular sawa itu

Beliau dilihat begitu seronok bermain dengan ular sawa tersebut tanpa rasa bimbang walaupun diketahui ular sawa sangat berbahaya dan bila-bila masa boleh menyerangnya.

Terdengar juga dari video tersebut suara orang dewasa ketawa melihat telatah kanak-kanak itu bermain dengan ular.

Kemungkinan ular sawa itu sudah mengenali kanak-kanak itu dari kecil lagi dan kanak-kanak itu pula tidak melihat ular sawa tersebut sebagai ancaman berbahaya.

Tonton VIDEO Penuh Kanak-Kanak Dan Ular Sawa Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita dan Berita Menarik!

Sumber : Facebook Jefri Yansyah