Video Lagu Hindustan Percutian Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi Dan Keluarga Buat Ramai Yang TERHIBUR. Sweet Sangat !!

Video Lagu Hindustan Percutian Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi Dan Keluarga Buat Ramai Yang TERHIBUR. Sweet Sangat !!

Ukhuwah kekeluargaan pasangan Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi serta suaminya, Faizal Zakaria tidak perlu dipertikaikan lagi. Mereka sering meluangkan masa bersama-sama dan dimeriahkan lagi dengan anak-anak yang ramai.

Yang terbaru, keluarga besar ini sedang bercuti di Pulau Pinang untuk sambutan hari keluarga mereka. Melalui akaun instagram, Memey Suhaiza memuatnaik video compilasi aktiviti seharian mereka semasa bercuti di Pulau Pinang.

Yang menariknya, video ini dipadankan dengan lagu Hindustan Koi Mil Gaya dari filem Kuch Kuch Hota Hai. Memey yang sebelum ini pernah ‘dikantoikan’ suaminya menari lagu hindustan sememangnya peminat tegar lagu hindustan.

Aksi-aksi dan telatah semua ahli keluarga membuatkan netizen terhibur. Semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke syurga.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Seharian bz penuh dgn aktiviti meriah. So sy belanja 1 video dulu.. Suka tak ?.. “

” Morning, Mummy belanja 1 video lagi… Terima kasih banyak2 ramai yg comment n mendoakan yg baik2 utk keluarga besar kami dekat video sblm ni.. Yg video hindustan tu.. ”

” Maaf tak sempat nak balas semua.. Sy hargai sgt2.. Gigih tau nak record setiap kenangan.. so sy edit kan sikit2 jadi kan lagu utk tatapan sahabat2 sy.. ”

” Best sgt kat sini.. Tq escape team penang… semua baik2.. Sy happy sgt.. 1st time sy pergi theme park sy main semua game air. Excited tak.. “

Rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga besar ini. Ada yang terharu dengan kemesraan mereka sekeluarga. Antara komen-komen peminat :

iedasharul : Alhamdulillah.. Happy family.. moga ukhwah family kekal ke akhir hayat

w.norfarhan : Seronok tgok family besar akak dan kak abby.. semoga terus bahagia ke syurga

aiennabdlah : hahaha geram tgk video why too cuteeeee sumeee

miss_ima_zara : Heheeh cutee jee semua…. keluarga harmoni ni.. sukeee tengok semuee… semoga terus bhgia dunia akhirat

anna_mardiana117 : Eh eh… comel semua… nmpk meriah dan bahagia sangat2 rasanye, terhibur d buatyne sama…

bahiyahraffi : happy fmly… smoga kalian smua sntiasa dlm rahmat Allah utk ukhwah yg baik2.. smoga jd cth pd smua.. salute!!

ida_cida : Alhamdulillah… Seronok tgok keluarga besar ini berusaha utk bahagia di dunia dan akhirat… Memilih syurga final destination mereka… Meletakkan allah dihadapan mengatasi ssgalanya.. Wpun pernah mengharungi kisah sedih dgn dugaan Allah, Tahniah @abby_abadi112 anda berjaya menghadapi ujian allah tsbt… Semoga abby @abby_abadi112 & suami dan @memeysuhaiza & suami @normanhakim_786 terus bahagia membina keluarga besar yang bahagia…. Semoga menjadi contoh yg baik buat semua…

Sumber : IG Memey Suhaiza by Berita Kopak