Raqib Dedah Sebab Isterinya, Tasha Manshahar Pakai Niqab Sebelum Ini. Memang TAK SANGKA !!

Raqib Dedah Sebab Isterinya, Tasha Manshahar Pakai Niqab Sebelum Ini. Memang TAK SANGKA !!

SHAH ALAM: Merungkai kekeliruan berhubung pemakaian niqab isteri, penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid, 28, menjelaskan Tasha Manshahar belum berimej begitu sepanjang masa.

Raqib atau nama penuhnya, Fahrur Raqib Abdul Majid berkata, Tasha yang dinikahinya, semalam, hanya berniqab atas tujuan tertentu.

“Saya mahu membetulkan dakwaan orang ramai di mana Tasha sebenarnya belum lagi mengenakan niqab sepenuhnya.

“Tasha memakai niqab atas faktor keselamatan dan privasi.

“Dua tahun lalu, ketika di Melaka, isteri pernah diekori seseorang. Disebabkan itu, saya nasihatkan dia memakai topeng.

“Daripada situ, isteri bertindak memakai niqab setiap kali keluar sendirian.

“Kalau bertanya mengenai pemakaian niqab selepas berkahwin, perkara itu saya serah kepada dia,” katanya kepada BH Online.

Ketika insiden diekori di Melaka, Tasha atau nama sebenarnya, Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, masih lagi penyanyi.

Sejak akhir 2016, Tasha yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta ini membuat keputusan berhenti menyanyi.

Sementara itu, Tasha memberitahu, Raqib tidak pernah memaksanya memakai niqab.

“Ketika saya berseorangan, agak susah untuk saya ke sana sini.

“Saya pakai niqab ikut keadaan. Jika saya rasa selamat atau bersama keluarga, saya tidak memakai niqab,” katanya yang bertugas sebagai guru di Melaka.

Raqib dan Tasha ditemui di majlis persandingan mereka di Royale Palace Shah Alam, di sini, hari ini.

Pasangan ini dinikahkan dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, pada jam 9.50 pagi, semalam.

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki yang juga qari bekas peserta Akademi Fantasia (AF) itu akan diadakan di Melaka pada 22 September depan.

Sumber : Berita Harian