” Payahnya nak potong rambut Syeriv sekarang, sampai ibu kena jadi beruk laa .. ” – Syaheizy Sam

” Payahnya nak potong rambut Syeriv sekarang, sampai ibu kena jadi beruk laa .. ” – Syaheizy Sam

Menerusi akaun instagram, pelakon terkenal Shaheizy Sam memuatnaik satu video anaknya, Syeriv Samheizy sedang potong rambut di sebuah salon. Isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin meriba Syeriv ketika rambut Syeriv dipotong oleh pendandan rambut.

Normal apabila kebanyakkan kanak-kanak akan berasa rimas dan tidak mahu rambutnya dipotong. Lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali.

Apa yang menariknya, untuk ‘mengumpan’ Syeriv potong rambut, Syatilla memasang video kartun untuk Syeriv menontonnya supaya Syeriv ‘melayan’ kartun itu dan tidak mengganggu proses rambutnya dipotong.

Syatilla juga turut membunyikan bunyi beruk seperti dalam video berkenaan dan ditegur oleh Shaheizy Sam. Ini membuatkan netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini bergurau.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Payahnya nak potong rambut dia skang, sampai iboo kena jadi berok laa .. “

 

View this post on Instagram

 

Payahnya nak potong rambut dia skang, sampai iboo kena jadi berok laa 😂

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

” Ingat nak simpan rambut panjang, tapi tak emsem laa.. “

 

View this post on Instagram

 

Ingat nak simpan rambut panjang, tapi tak emsem laa.

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Syatilla buat bunyi beruk semata-mata nak ‘umpan’ anaknya, Syeriv untuk potong rambut. Antara komen-komen netizen :

miss_vaniell : hahahhahahahahaha this is reality as a mother.. bukan setakat beruk boleh jadi tau.. segala binatang dekat hutan tu boleh jadi

ms.norrie : Ehhh…sama pulak tu bunyi beruknya…. takpelah iboooo.. Cuba suruh bapakk pulak pegang si syeriv.. agak2 bunyi binatang apa yer nanti?

norasilahsheela : Mmg hebakkk jd sorang ibu… mampu jd superwoman bkn takat suara berok je… hahaha… so sweet

syuhailasalim : Tu baru berok. Aku ni penah jadi gorilla, harimau, gajah dan yg terbaru aku jd valak tp anak aku sikit pon tak takut dan tak tertarik.

norfaezahsaini : Cayalah ibooo.. ibooo memg sanggup buat saje utk anaknye

juria_ahmad : Biasa la takat jd berok tu apa sgt, sy ni penah kna jd kuda tau x, ank suruh pusing 2 round dia tunggang.. Naik bengkok badan ni..

azzalippshous : Betul la kata orang bile da jd seorang ibu ni perangai akan berubah 360 drjah, dye akan lakukan walaupun d luar kemampuan dye, hahahaha good job

Betul lah kata orang, ibu sanggup buat apa sahaja demi anak. Jadi beruk pun beruk lah. Itu belum jadi singa, harimau, gajah dan lain-lain lagi tu. Apa-apa pun ‘thumbs up’ untuk ibu-ibu semua.

Pengalaman anda potong rambut anak atau adik macam mana ? Cuba cerita sikit di komen..

Sumber : IG Shaheizy Sam by Berita Kopak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *