Tudia, Dia Punya Songkok Mau Cecah 3 Kaki ni, Silap Haribulan Kipas Pun Sangkut ni…

Tudia, Dia Punya Songkok Mau Cecah 3 Kaki ni, Silap Haribulan Kipas Pun Sangkut ni…

Songkok, yang disebut juga sebagai peci atau kopiah merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Di Indonesia dan Malaysia, songkok yang juga menjadi sebahagian dari pakaian nasional, dan dipakai oleh orang Islam. Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu.

Songkok popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Perlengkapan ini dikatakan berasal dari pakaian yang dipakai di Ottoman Turki. Songkok menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya berangsur menjadi songkok di dunia Melayu

Baru-baru ini viral di media sosial video seorang lelaki bersongkok yang bersembahyang di sebuah masjid. Tidak dapat dipastikan di mana lokasi video itu dirakamkan. Apa yang membuatkan video tersebut menjadi tular adalah SONGKOK yang dipakai lelaki tersebut semasa bersembahyang. Tingginya songkok lelaki tersebut mungkin mencapai 3 kaki sekurang-kurangnya.

Melihat kepada songkoknya itu membuatkan ramai netizen yang tertanya-tanya adakah lelaki tersebut waras atau pun memang sengaja dia mencari publisiti. Lebih-lebih lagi cara dia bersembahyang yang tidak mempunyai ‘tumakninah’ antara rukun solat.

Rasanya budaya memakai songkok baik di Malaysia ataupun di Indonesia masih belum ada lagi songkoknya yang mempunyai ketinggian yang sebegitu.

Tingginya songkok lelaki tersebut seperti budaya orang Cina dalam upacara keagamaan mereka

Tidak dapat dipastikan apakah songkok setinggi ini ada dalam budaya masyarakat Melatyu baik di Malaysia atau Indonesia

Bagaimanapun ramai netizen yang mempersoalkan pemakaian songkok tersebut di dalam sembahyang berjemaah kerana ianya akan menggunakan ruang yang luas dan akan mengganggu jemaah lain.

Tonton VIDEO Penuh di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Sumber : Facebook