Tindakan Dato’ Aliff Syukri Untuk Cabut Sendiri Gigi Anaknya Dikecam Netizen !!

Tindakan Dato’ Aliff Syukri Untuk Cabut Sendiri Gigi Anaknya Dikecam Netizen !!

Menerusi akaun instagram, usahawan kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri memuatnaik satu video sedang mencuba untuk mencabut gigi anak perempuannya yang bernama Qadejah.

Dalam video berkenaan, Qadejah sedang menangis dalam almari disebabkan takut dicabut gigi oleh ayahnya itu. Walau bagaimanapun akhirnya Qadejah terpaksa merelakan Dato’ Aliff memegang giginya tetapi Dato’ Aliff tidak berjaya mencabutnya.

Aksi Dato’ Aliff yang seolah-olah ingin menjadi seorang doktor gigi yang ingin mencabut sendiri gigi anaknya itu dikecam oleh netizen. Rata-rata netizen mengkritik tindakan Dato’ Aliff yang dikatakan kurang bijak kerana tidak membawa anaknya berjumpa dengan doktor gigi yang sebenar.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Sy kecewa sbb kali ini dr aliff syukri gagal menjatuhkan gigi cess… abah hnya nak gigi anak abah @qadejah cantik dan tak jonggang..”

 

View this post on Instagram

 

sy kecewa sbb kali ini dr aliff syukri gagal menjatuhkan gigi cess… abah hnya nak gigi anak abah @qadejah cantik dan tak jonggang..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen mengecam tindakan Dato’ Aliff yang ingin mencabut sendiri gigi anaknya. Antara komen-komen netizen :

nazrinsyh : Ya Allah bodohnya dato. Serius bodoh. Kau ni dh tahap melampau. Ayah aku yg takde telefon nak rakam aku wktu kecik pun suruh aku cabut sdri kalau tak g jumpa dentist. Kau igt anak kau boleh tahan sakit ke? Dh lah kepak terus gigi bdk tu. Bt sikit2 lah kalau ye pun.

viliaviti_veronica : Pergi lh kilinik cabut,,xsakit klu cabut kt situ..klu dato cabut mesti rasa sakit..kesian die

razlina1477 : Seksa budak tu! Geram aku tgk Dato’ ni!!! Aku yg tgk video ni yg sedih pulak. Kesian cess! Bwk je la gi klinik Dato’… X luak pun duit tuuu!! Jgn sbb xcited sgt nak ambik video ltk dlm ig, youtube.. sanggup tgk anak mcm tu. Pikir Dato’… Pikir!!!

porke79 : Dh sakit tu dah laaa..nper nk paksa2..sakit pulak ati tgk…sian budak tu..eeeyyy x paham aku…tgu la betol2 longgar ke..sakit paham tak sakit!!!!!!!!!!!!

reya_yann : Org kaya otak mne..?..letak kat mne bnda tu…??beli kereta juta2 tunjuk kat umum…bayar zakat berjuta,tayang2…brang2 berjenama sentiase tunjuk…x kan bwak anak pergi klinik pun x boleh…???…bahaya la bodoh…klau kau main cabut je…pendarahan x henti mcmane…??….gigi ade saraf dato…jgn jd bodoh…klau kau sakit ggi mustahil kau x nangis…eh..geramm betul aku….babbb betul la…

nurberryna : Dia ingat gigi tu mcm taik idung gaknye senang2 buang.. Boleh tekanan perasaan anak tu tau.. Sorry la dato, bab ni sy x setuju.. So kejam. Xde jongang la kalau gigi bergoyang.. Nt dia tercabut sndr.

aminn.ms : Tak kesian ke dato tgk anak sampai menyorok mcm tu , bawak la pegi klinik , nanti dato dah tua anak buat mcm tu balik jgn tanya kenapa tau

Harap Dato’ Aliff bawa lah Qadejah berjumpa doktor gigi. Admin pun seriau tonton video Dato’ ni. Rasa macam admin pula yang sakit gigi.

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak