” Selama 6 bulan kahwin, aku tak pernah tidur sebilik dengan suami. Aku dilayan macam sampah.. “

” Selama 6 bulan kahwin, aku tak pernah tidur sebilik dengan suami. Aku dilayan macam sampah.. “

Saya forwardkan cerita kawan saya.. Dan saya minta min hidekan profil saya..

” Aku dah berkahwin pada awal tahun lepas dengan seorang lelaki yang aku tak kenal. Perkahwinan ini berlaku atas dasar amanah arwah papa aku yang aku sendiri tak tau apa tujuannya. Selama 6 bulan perkahwinan aku tak pernah tidur sebilik dengan suami aku sebab dia tak kasi.

Dia cakap dia tak sukakan aku. Aku redha. Dan selama 6 bulan itu jugak ibu mertua aku tunjukkan betapa bencinya dia pada aku.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Aku redha dan aku percaya ada hikmah disebalik semua. Pada 6 bulan itu. Aku dilayan macam sampah. Waktu aku nak mencuci pakaian mertua aku tak benarkan guna washing machine. Dia suruh aku pakai tangan. Masa aku tengah gosok baju dibuangnya baju2 dia. Hari2 benda tu berulang.

Waktu makan aku akan makan sorang2 di luar. Mereka anak beranak makan dengan sedapnya kat dalam bawah kipas atas kerusi empuk. Hari2 aku makan kat luar rumah walaupun malam. Mengalir air mata aku.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Suatu malam tu aku lapar sangat. Aku makan di meja tempat deorang selalu makan. Tapi nasib aku tak berapa baik sebab mertua aku bangun. Dia tekankan muka aku kat pinggan. Suami aku biasalah. Dia tak akan ambik tau apa yang jadi.

Hari2 aku berdoa semoga mereka sedar kesilapan mereka. Aku tak kisah deorang buat macam tu kat aku. Aku maafkan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Suatu hari Allah nak bukakkan hati suami aku. Dia nampak macam mana mak dia buat aku macam anak patung. Dia minta maaf. Pertama kali aku dengar kata maaf. Menitis air mata aku. Selepas tu dia boleh terima aku sebagai isteri dia.

3 bulan selepas tu aku mengandungkan anak dia. Mertua aku makin benci apa aku. Satu hari. Dia tolak aku dari tangga. Sampai aku keguguran. Dan suami aku bencikan aku semula sebab dia ingat aku tak pandai hati2..

(Gambar Sekadar Hiasan)

Dan sampai harini. Mereka layan aku macam 6 bulan selepas kawin. Aku penat min. Apa patut aku buat.. Patutkan aku bercerai? Aku jugak ada hati.. Ada perasaan.

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE, Semoga bermanfaat..

Sumber : KRT by Berita Kopak