Ingatkah Lagi Anda Dengan Video Lelaki Yang Di Kencing Anjing Ini?. Rupa-rupanya Kisahnya Bukan Sampai di Situ Saja….

Ingatkah Lagi Anda Dengan Video Lelaki Yang Di Kencing Anjing Ini?. Rupa-rupanya Kisahnya Bukan Sampai di Situ Saja….

MASIH ingatkah anda dengan video seorang lelaki yang duduk santai dikencing dengan seekor anjing. begitu geramnya beliau dengan anjing yang mengencingnya membuatkan lelaki tersebut ingin menendangnya tetapi anjing itu lebih dahulu mengambil langkah seribu.

Itulah yang terjadi kepada Heinze Sanchez, 27 tahun di Rio de Janeiro.

Mungkin anjing tersebut menyangkakan Heinze seperti pili bomba, seekor anjing jalanan yang terbiar telah kencing di belakang badannya semasa dia sedang duduk santai sambil memeriksa teleponnya di tepi jalan.

Melihat pada reaksinya, dia begitu marah kepada anjing tersebut seolah-olah anjing itu akan cedera teruk jika beliau dapat menangkapnya.

Tetapi kemudian apa yang Heinze lakukan begitu mengejutkan!

Keesokan harinya dia datang semula ketempat tersebut untuk mencari anjing yang memancutkan air kencing kepadanya.

“Saya mencarinya di sekeliling tempat tersebut untuk mengetahui sama ada dia dipelihara seseorang atau tidak. Sebaik sahaja saya menjumpainya, saya terus memanggil anjing itu dan ia datang kepada saya sambil menggoyangkan ekornya,” kata Heinze.

Tambah Heinze lagi, dia mengambil keputusan untuk membawa anjing tersebut pulang ke rumahnya.

“Ia adalah seekor anjing yang sangat jinak dan mendengar arahan. Ia sentiasa bersama dengan saya dan seolah-olah menangis apabila saya perlu meninggalkan rumah. Walaupun ia sering membuat rumah bersepah tetapi ia seekor anjing yang baik”.

Walaupun pada mulanya, ramai netizen yang mengecam tindakan Heinze kerana cuba untuk menendang anjing tersebut, Heinze mengatakankan bahawa ianya adalah reaksi spontan dan dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang niat untuk menyepak anjing tersebut.

“Saya tarik semula kaki saya. Kemudian datang seekor anak anjing lain dan saya bertanya, ‘Awak nampak apa yang kawan awak lakukan pada saya?’ .

Heinze telah mengambil keputusan untuk memberi anjing tersebut nama sebagai Enzo.

Menurutnya lagi, dia sentiasa menyimpan nama Enzo untuk diberikan kepada anaknya suatu hari nanti. Kini, Enzo ada bersamanya, dijaga dengan baik dan selalu dimandikan.

Begitulah jika seorang mempunyai kebaikan di dalam hatinya. Tidak akan membalas kejahatan yang dilakukan tetapi membuat kebaikan kepada sesiapa.

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan semoga Bermanfaat

Sumber : boredpanda.com / Terjemahan Oleh Berita kopak.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *