Hadiah Mahar Raqib Buat Isterinya, Tasha Manshahar Buat Tasha Menitis Air Mata Dan Ramai Yang SEBAK !!

Hadiah Mahar Raqib Buat Isterinya, Tasha Manshahar Buat Tasha Menitis Air Mata Dan Ramai Yang SEBAK !!

Penyanyi dan penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Abdul Majid atau dikenali dengan nama Raqib Majid, 28, selamat bergelar suami kepada penyanyi Tasha Manshahar, 26, pada jam 9.50 pagi tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Raqib dan Tasha berlangsung di Masjid Jamek, Kajang itu diadakan secara sederhana dan tertutup.

Raqib dan Tasha telah dinikahkan oleh bapa Tasha sendiri, iaitu Mohd Manshahar dengan mas kahwin RM300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Raqib turut menyerahkan sebentuk cincin dan seutas gelang kepada Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Manshahar.

Pihak pengantin lelaki memberikan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan manakala pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Menerusi akaun instagram, Raqib memuatnaik video membacakan surah Al-Fatihah dengan begitu merdu sekali sebagai mahar buat isterinya yang tercinta. Tasha kelihatan menitiskan air mata mendengar bacaan Al-Fatihah yang dihadiahkan kepadanya itu.

Apa yang ditulis Raqib di ‘caption’ buat ramai yang sebak. Tonton video penuh di bawah dan baca posting yang dimuatnaik oleh Raqib :

” Antara maharku buatmu @tashamanshahar. Sudah lama ku simpan hasrat untuk menghadiahkan bacaan surah Agung ini utk isteriku. tapi bacaanku td biasa2 saja. tiada yg istimewa.. “

” Perasaan berdebar, resah kerana bakal menggalas tanggungjawab baru. Aku membaca tanda syukurku pada DIA menyatukan kita.. “

” Kalimat2 inilah yang membesarkan aku & keluarga. Semoga kita terus mencintai Al-Quran sampai syurga.. “

Rata-rata netizen mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan ini. Ada yang terharu dengan mahar yang diberikan. Antara komen-komen netizen :

eywan.shm : Subhanallah. Allahuma barik . Tabaralkallah raqib dan tasha

yanie91_ : Aamiin Semoga bahagia till jannah Raqib & Tasha @raqibmajid @tashamanshahar

hsuhailahz88 : Tahniah..mmg xsangka tasha n raqib.. semoga hingga ke jannah

zira_zinnira99 : Mabruk semoga mawaddah warahmah sakinah

citrapalacebeauty_hy : tahniah.. utk kedua pengantin..moga kekal bhgia ke akhir hayat.. subhanallah.. mahar yg terbaikk utk isteri. Sangat menyentuh hati.

leman_sbd : Alhamdulillah..tahniah…semoga kekal hingga ke jannah..aamiin

fuzamyvo : Ini yg sebenar ye mahar yg terlalu tinggi masyahallah moga bahgia ke jannah firdausi

tika11 : SubhanaAllah indahnya … MasyaAllah… Moga pernikahan kalian membawa rahmat dan keberkatan buat keluarga kalian dan bahagia hingga ke syurga. Amiinnn

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Raqib dan dan Tasha Manshahar. Semoga berbahagia sampai ke Jannah.

Sumber : Gempak.Com / IG Fahrur Raqib Abdul Majid / Zayyan.My by Berita Kopak