Demi Tugas, Penghantar Pizza Ini Berjuang Melawan Angin Taufan Jebi Demi Pelanggan. Lihat Kesudahannya…

Demi Tugas, Penghantar Pizza Ini Berjuang Melawan Angin Taufan Jebi Demi Pelanggan. Lihat Kesudahannya…

Ketika ini Jepun sedang dilanda bencana alam. Bencana ini dikatakan sebagai angin taufan terkuat yang melanda Jepun selama 25 tahun terakhir. Sekurang-kurangnya sepuluh orang maut dan menyebabkan ribuan orang kehilangantempat tinggal akibat rumah mereka dimusnahkan angin taufan.

Taufan Jebi dilaporkan menyebabkan banyak kerosakan di kawasan Ehime, Hyogo, Kagawa, Kyoto, Nara, Osaka, dan Wakayama dengan kelajuan mencapai 216 kilometer per jam. Tidak hanya menghancurkan rumah penduduk, taufan Jebi juga menyebabkan banjir di lapangan terbang utama, menerbangkan kenderaan, dan memutuskan talian elektrik.

Tetapi, di sebalik dashyatnya angin taufan Jebi yang melanda sebahagian daratan Jepun, sebuah video menjadi viral dimedai sosial.Video ini merakam aksi penghantar pizza di Osaka yang berusaha melawan kuatnya angin taufan Jebi ketika menjalankan tugasnya.

Penghantar pizza lelaki ini dilihat menunggang motosikal putih dan memakai baju hujan berwarna biru.

Di tengah-tengah perjalanannya menghantar pizza, dia dilihat berjuang mempertahankan motosikalnya dari dilanda angin kencang.

Dia berusaha mempertahankan motosikalnya supaya tidak terbang dilanda angin taufan Jebi.

Penghantar pizza berjuang melawan kuatnya angin taufan Jebi yang melanda Jepun.

Malangnya, kekuatan angin yang dasyat, membuatkan motosikal terjatuh dan terseret beberapa meter.

Di akhir video kelihatan penghantar pizza hampir terjatuh kerana terseret angin taufan.

Tonton VIDEO Penuh di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan berita Menarik!

Sumber : Youtube.com